in

Azizan Nin, Daphne Iking, Hannah Tan Dalam Road Home with Smiles

Budiey BlogNTV7, Saluran Ceria Anda akan memperkenalkan rancangan terbaru – Road Home with Smiles – travelog yang memaparkan selebriti dalam perjalanan mereka balik ke kampung halaman. 

Budiey telah dijemput untuk menghadiri satu majlis pelancaran rancangan ini pada 25hb September 2008, Khamis, 5.30 petang yang diadakan di Petaling Jaya.

Siri berdurasi setengah jam yang mempunyai 13 episod ini akan bersiaran pada 8 Oktober, Rabu, 9.00 malam. Rancangan yang dipaparkan dalam bentuk dokumentari ini memberi peluang pada penonton untuk menyaksikan klip perjalanan pulang selebriti kegemaran penonton ke kampung halaman mereka yang belum pernah ke udara sebelum ini.

Ikutilah  perjalanan balik kampung selebriti ini sementara penonton dibawa ke dalam pengembaraan mereka yang cukup menghiburkan dalam “Road Home”, di samping memberikan pendedahan  mengenai kehidupan silam dan terkini selebriti berkenaan. Antara selebriti yang ditonjolkan adalah Betty Banafe (pembuka tirai bagi rancangan), Jehan Miskin, Belinda Chee, Azizan Nin, Daphne Iking, Hannah Tan dan Hattan.

[tags]betty benafe, gucci, Jehan Miskin, Belinda Chee, Road Home with Smiles, Azizan Nin, Daphne Iking, Hannah Tan, Farid Irwan Baharinalkohol, arak, kotex, kem remaja, beli ectasy, beli pil khayal, budak sekolah, budweiser, buku permata yang hilang, cosmic gate, dadah, dj tiesto, girls party, heineken, IPTA, malam pertama, Hattan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zul Huzaimy | 16

Tiga Filem Menarik Sempena Hari Raya Aidilfitri di RTM2

Majlis Perjanjian Persefahaman Noraniza Idris Production (NIP) dan Pro Sinar Event Management Sdn. Bhd