in

Ticket Super Junior Asia Tour Super Show 2 Live in Malaysia 2010

Tiket Berharga RM138 &RM238 Telah Habis Dijual

Super Junior, the 2nd Asia Tour “Super Show 2” Live in Malaysia 2010, Pelancaran Tiket Rasmi Pada 6 Feb 2010 Dengan 15% Diskaun.

Mencecahkan rekod jualan tiket bagi konsert Asian di Malaysia, Super Junior, the 2nd Asia Tour “Super Show 2” Live in Malaysia 2010, hampir 40% konsert tiket habis dijual dalam masa kurang daripada seminggu semasa pra-jualan diadakan baru-baru ini, tiket berharga RM138 telah habis dijual dalam masa 2 jam sewaktu pra-jualan.

4283359327 Bf00Bba76A O | 4

Kepopularaan Super Junior akan dibuktikan sekali lagi pada hari Sabtu ini, 6 Februari 2010 penganjur Redstar Presents dan pihak pengurusan konsert, Marctensia akan mengadakan pelancaran tiket rasmi di ruang legar di Sungai wang, pada pukul 12 tengah hari. Dengan pembelian setiap tiket peminat akan mendapat diskaun sebanyak 15%.

Pada hari pelancaran tiket rasmi, sekumpulan penari bernama Progression dari MY SJ akan membuat persembahan “Sorry, Sorry” dan memberikan workshop tarian bagi semua peminatnya sebagai persiapan menari bersama Super Junior semasa konsert Super Junior. Pelbagai aktiviti akan dijalankan dengan hadiah-hadiah yang menarik untuk dimenangi pada hari pelancaran tiket rasmi.

Dianjurkan oleh Redstar Presents dan diuruskan oleh Marctensia; SM Entertainment dan Dream Maker sebagai Penyelia; Warner Music Malaysia sebagai Label Rakaman Rasmi; One FM dan Hot FM sebagai Radio Stesen Rasmi; YG dan Epop sebagai Majalah Rasmi Berbahasa Cina; Redbox Greenbox dan Redbox Ria sebagai Karaoke Rasmi; Speedy sebagai Rakan Promosi Bersama, Daorea Korean BBQ sebagai Restaurant Korea Rasmi dan terima kasih kepada Freak dan Radioactive; Super Junior, the 2nd Asia Tour “ Super Show 2” Live in Malaysia akan dilangsungkan pada hari Sabtu, 20 Mac 2010, jam 7 malam bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tiket konsert berharga RM138 (habis dijual), RM238 (habis dijual) sementara tiket berharga RM458 dengan tempat duduk bernombor atau di kawasan Rock Pitt masih sedia ada. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Marctensia: 03- 2092 1199 atau melayari www.marctensia.com. Untuk membeli tiket secara online, sila hubungi hotline Axcess Ticketing: 03-7711 5000 atau melayari laman web, www.axcess.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Atie AF dan Shahrul Kamaluddin dalam Racun Cinta di TV2

Gambar Ziana Zain di Sidang Media Mentor Musim Ke-4