Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Tiada Tajaan Undi Tasha Shila Tak Tercalon Dalam Top 5 ABPBH2012?

Tahun lepas, kita telah menyaksikan kejutan pelakon Tasha Shila telah menang dalam kategori Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular 2011. Namun, pada tahun ini, untuk ABPBH2012, nama Tasha Shila tercicir dari disenaraikan dalam mana-mana kategori. Dari situ, setelah pengumuman Top 5 diumumkan pada 9 Januari lalu, timbul desas-desus yang mengatakan Tasha Shila tidak mendapat tajaan undi atau gagal mendapat tajaan pada kali ini. Ianya dikatakan punca utama Tasha Shila tiada dalam senarai.

[pullquote align=”right”]”Tiada nasib yang baik untuk kali ini. Tuah memang tak menyebelahi saya.”[/pullquote]

Namun, Tasha Shila telah menolak tuduhan yang tak berasas ini dan beliau rasa sangat terkilan kerana fitnah ini memburukkan nama beliau. Menurut Tasha, tidak pernah timbul isu tajaan, malah semuanya ditentukan oleh Allah, segala rezeki datang dari Dia dan kemenangan Tasha pada tahun lepas adalah berkat kesungguhan dan bakatnya dalam bidang lakonan.

“Tak perlu rasanya untuk megatakan saya tak disenaraikan dalam ABP kerana tiada tajaan undi. Saya percaya punca saya tak disenaraikan sebab tiada nasib yang baik untuk kali ini. Tuah memang tak menyebelahi saya. Lagi pun pada tahun lalu, tak banyak sebenarnya produk atau drama lakonan saya ditayangkan di kaca TV mahupun di pawagam.”

Sebelum ini, Tasha Shila juga telah menafikan tuduhan dan fitnah berkenaan kontroversi tajaan kereta Audi R turut menjadi faktor beliau menang di ABP pada tahun lepas.

“Saya akui, kontroversi ini memang membuatkan ramai media yang menyiarkannya dan sekalgus, menyumbang kepada publisiti. Tapi ia bukan faktor utama kemenangan saya. Semuanya diukur dari bakat dan drama yang saya lakonkan.”

Tasha Shila berjanji untuk meningkatkan mutu lakonannya pada masa akan datang.

Good luck, Tasha Shila!

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version