in

Tiada Penyingkiran Di Minggu Ke-5 Da’i Pendakwah Nusantara

Peserta Semakin Menyerlah dan Berkeyakinan

Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 sekali lagi bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral minggu lalu dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Da’i Izzhar, minggu kelima dengan tema “Isu Aku & Kamu” menyaksikan tiada ejen dakwah disingkirkan bagi meneruskan perjuangan mereka di pentas dakwah ini.

Mereka dilihat semakin berkeyakinan dan semakin bijak mempelbagaikan persembahan mereka dengan tema dan konsep yang telah ditetapkan.

Sekali lagi, Da’i Haziq cemerlang apabila menerima undian tertinggi daripada penonton sebanyak 79% diikuti oleh Da’i Adam 73% dan Da’i amirul 70%. Penampilan Da’i Haziq yang berbeza setiap minggu menarik hati juri tetap Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail, kerana gaya penampilan turut menjadi tumpuan para penonton. Da’i Haziq juga memberi contoh yang cukup dekat dengan hati para penonton disokong pula dengan fakta yang kukuh.

Peserta termuda Da’i Raisyah turut mendapat perhatian, walaupun baru berusia 18 tahun, ilmu, kepetahan dan intonasinya dalam memberi tazkirah mendapat pujian juri iaitu Ustaz Roslan menggantikan tempat juri tetap Ustaz Mohamad Zarifi yang sedang menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci. Tidak kurang mantapnya, Da’i Imran lancar menyampaikan tazkirahnya yang bertajuk “Aku Cemburu”. Menariknya, tazkirah beliau turut disertakan dengan contoh-contoh dari Hamka, Hamzah Fansuri & Ibnu Qayyim. Begitulah yang diharapkan menerusi program dakwah sebegini, mahu melahirkan generasi pendakwah muda yang berkaliber dan memberi inspirasi buat masyarakat khususnya golongan muda.

Da'i Raishah

Markah setiap peserta adalah daripada juri tetap sebanyak 80% dan para murabbi iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin sebanyak 20%. Jangan lupa untuk terus mengikuti perjalanan enam para Da’i musim ke-6 ini pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 di TV3 dan boleh ditonton di seluruh dunia melalui laman youtube TV3Malaysia. #daiTV3 di laman sosial anda sebagai tanda sokongan dan untuk menyemarakkan lagi Da’i musim ke-6, Penyambung Legasi Dakwah!.

Ustaz Roslan

Berikut adalah topik persembahan peserta mengikut giliran pada minggu kelima:

PESERTA TOPIK DA’I METER
Da’i Amirul

Kolej Yayasan Pahang – Diploma Pengurusan Islam

Kecil-Kecil Dapat Lesen

 

70%
Da’i Syahmi

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Asasi Pengajian Islam

Buli Jalan Raya 66%
Da’i Haziq

University of Leeds, UK –

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan & Kewangan

 

Generasi Materialistik 79%
Da’i Raisyah

MRSM Ulul Albab Kepala Batas- Sains Tulen

Depresi

 

67%
Da’i Imran

Darul Quran Jakim- Diploma Tahfiz dan Syariah

Aku Cemburu

 

64%
Da’i Adam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) – Ijazah Sarjana Muda Dakwah &  Pengurusan Sumber Insan

Amaran Allah 73%

Ustaz Harryanto Rizal Rokman

ustaz Fakhrul Radhi

Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati

Da'i Imran

Da'i Haziq

Da'i Adam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menarik Tentang Laluan Keretapi Dunia Dalam RAILWAY STORIES

Peraduan Tayangan Filem KIN