in

Menarik Tentang Laluan Keretapi Dunia Dalam RAILWAY STORIES

Jelajah negara Kanada, Brazil, Scotland, Mynmar, Afrika Selatan, Zimbabwe, Mozambique, Siberia, Russia serta Equador menerusi perkongsian menarik paparan kisah perjalanan keretapi dari satu destinasi ke satu destinasi dan sejarah setiap bandar juga perkara signifikan di lokasi laluan keretapi mereka dalam dokumentari bertajuk “Railway Stories” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menarik Tentang Laluan Keretapi Dunia Dalam “Railway Stories” di TV1

Menariknya dokumentari mengisi slot Special On 2 di TV1 mulai 4 September ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.30 malam ini turut menceritakan bagaimana keretapi memberi impak kepada kehidupan seharian penduduk. Juga dipaparkan aktiviti ekonomi dan sebagainya juga dengan lokasi yang berada dalam laluan keretapi.

Sejarah berkaitan dengan keretapi sebagai alat pengangkutan dibeberapa buah negara besar bermula episod satu di negara Kanada dengan tajuk “Along the St. Lawrence Seaway With the Ocean Train Through Canada.” Diikuti episod berada di negara Brazil membawakan tajuk “On the Adventurers’ Trail With the Gem Express Through Brazil.”

Episod di Scotland berikutnya berkongsi tajuk “A Magical Train Journey On the West Highland Line Through Scotland.” Tidak kurang menariknya paparan di Myanmar bertajuk “An Historic Route With the Mandalay Lashio Express THrough Myanmar.” Ada juga episod di Afrika Selatan, Zimbabwe dan Mozambique bertajuk “A Cruise on Railway Tracks With the Shongololo Express Through Southern Africa.”

Menyusul dua episod berikutnya iaitu di Siberia, Russia bertajuk “A Trip to Icy Climes (Within the Polar Express Through Siberia) dan di Ecuador bertajuk “Andean Train Adventure (With the Tren Crucero Through Ecuador).”

Paparan di Kanada dimana para pelancong yang melawat tanah perkuburan 150 mangsa tragedi kapal Titanic serta kecantikan laluan yang menyusur perairan St. Lawrence. Manakala di Brazil pula perkongsian kisah sebuah perkampungan yang mana para penduduknya membanting tulang mencari batu Emerald sebagai punca rezeki.

Berlainan cerita dengan keretapi yang bergelar “The Jacobite” di Scotland yang digunakan dalam filem Harry Potter menggunakan laluan bersejarah dan dikenali sebagai laluan “West Highland.” Pelancong teruja dengan pemandangan menakjubkan yang kelihatan di sekitar laluan ini yang di penuhi gunung ganang, tasik dan hutan.

Di negara jiran Myanmar, ketahui tentang keretapi mendaki bukit dengan cara mengudur, kehadapan dan mengundur kembali hingga sampai ke kemuncak seolah pergerakan keretapi bagaikan seseorang menaiki tangga. Seorang wanita yang berniaga di atas keretapi menjual salad yang diperbuat dari daun teh dan di campur bersama telur burung puyuh. Ini adalah antara aktiviti ekonomi yang dibuat di laluan keretapi.

Afrika Selatan pula memaparkan kisah laluan keretapi merangkumi taman-taman negara (National Parks) dan paparan binatang liar seperti gajah, singa, badak dan zirafah yang berkeliaran dan kadang kala melintasi laluan keretapi. Binatang liar ini dilindungi oleh kerajaan.

Ketahui juga peranan keretapi menyokong industri pencarian gas berlaku di Siberia, Russia. Kepentingan industri ini kerana mempunyai infrastruktur pengangkutan yang baik untuk berkembang. Siberia adalah tempat yang terlalu sejuk dan suhu luar boleh mencapai 60 darjah diparas bawah beku. Dalam keadaan yang ekstrim ini penyelenggaraan keretapi di Siberia dilakukan dengan jadual yang ditetapkan. Syarikat Gazprom yang mengendalikan projek pencarian gas adalah syarikat yang membina laluan keretapi di Siberia. Ribut salji kadangkala melanda dan pihak Gazprom bersedia untuk keadaan ini dengan mengendalikan keretapi (snowplough) yang akan menolak salji tebal yang terkumpul atas trek. Kaum nomad di Siberia bergantung pada keretapi untuk dapat bekalan makanan serta keperluan asas yang lain.

Sementara Ecuador bermegah dengan salah satu negara Amerika selatan yang mempunyai laluan keretapi yang menakjubkan. Gunung Andes adalah latar belakang (backdrop) pada laluan keretapi di negara ini. Trek di Ecuador berusia lebih 100 tahun. Pisang yang merupakan bahan ekspot utama Ecuador menggunakan khidmat keretapi untuk membawa pisang yang dituai kepada lokasi untuk di ekspot. Disebuah bandar, tugu memperingati para buruh kasar yang membina keretapi dibina. Dinamit digunakan bagi meletupkan kawasan yang berbatu dan buruh tidak sempat untuk berlindung di tempat yang selamat lalu terkena letupan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GOL & GINCU VOL. 2 Bakal Ditayangkan Pada 25 Oktober Ini

Tiada Penyingkiran Di Minggu Ke-5 Da’i Pendakwah Nusantara