in , ,

Tiada Lagi IGTV, Instagram Kini Benarkan Anda Muat Naik Video Berdurasi Sehingga 60 Minit

Wah! Nampaknya Instagram melakukan perubahan untuk pengguna. Khabarnya tiada lagi IGTV dan selepas ini, anda boleh memuat-naik video sepanjang sehingga 60 minit ke Instagram, dan berkongsi ia dengan pengguna lain secara mudah berbanding sebelumnya.

Instagram kini melakukan perubahan besar pada platform mereka, dan dilihat akan lebih memfokuskan kepada video melalui aplikasi mereka. Selain daripada Reels, kini Instagram menjenamakan video-video lain dibawah format baharu dinamakan Instagram Video.

Selari dengannya, Instagram akan menghentikan penggunaan jenama IGTV, dan akan lebih memasarkan penggunaan terma Instagram Video.

Tiada Lagi IGTV, Instagram Kini Benarkan Anda Muat Naik Video Berdurasi Sehingga 60 Minit

Di bawah Instagram Video, ia akan mengabungkan semua video yang dikongsikan pengguna pada Instagram Feed, selain video panjang yag sebelum ini dikenali IGTV.

Pelbagai video yang diterbitkan oleh seseorang pengguna juga kini boleh diakses dengan mudah melalui tab “Video” pada profil pengguna berkenaan di Instagram.

Apa pun, buat masa ini, Reels masih diasingkan, dan mempunyai tab khusus untuknya. Instagram turut tidak merancang untuk mengabungkannya buat masa ini.

Dengan perubahan baharu ini, pengguna boleh memuat-naik video sepanjang sehingga 60 minit ke Instagram, dan berkongsi ia dengan pengguna lain secara mudah berbanding sebelumnya.

Perubahan baharu pada Instagram ini diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini di iOS dan Android.

Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KJ Umum Satu Syarat Yang Perlu Dibuat Jlka Nak Balik Kampung Semasa Rentas Negeri Nanti

Kes Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal, Polis Minta Mangsa Tampil Segera Bantu Siasatan