in , ,

Thor Love and Thunder: Belum Ada Tarikh Tayangan Ditetapkan Di Malaysia

Susulan penangguhan tayangan Marvel Thor: Love and Thunder, pihak Golden Screen Cinema (GSC) memaklumkan bahawa status tayangan filem itu kini adalah To be Announced (TBA) atau tarikhnya masih lagi belum ditetapkan.

Menerusi kenyataan ringkas di Facebook, GSC berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak Disney.

“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku dan sangat menghargai kesabaran anda sementara kami menunggu lebih banyak lagi kemas kini dari pihak Disney,”

– GSC

Sebelum ini, GSC memaklumkan bahawa tayangan filem itu yang sepatutnya dijadualkan pada 7 Julai 2022 ditangguh kepada tarikh baharu iaitu pada 21 Julai 2022.

Susulan itu juga, mereka terpaksa mengembalikan semula wang kepada orang ramai yang telah membeli tiket awal secara dalam talian.

“Pada sesiapa yang telah membeli tiket awal secara dalam talian, wang anda akan dikembalikan dalam tempoh 14 hari bekerja.

“Anda tidak perlu melakukan apa-apa dan hanya perlu menunggu duit itu dikembalikan,”

– GSC

Selain Malaysia, tayangan filem Marvel itu turut ditangguhkan di Brunei. Sebab mengapa penangguhan itu berlaku masih belum dapat dipastikan kerana tiada pengesahan dari pihak panggung dan Disney sendiri.

Peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) sudah pasti tidak sabar menantikan filem Thor ini selepas dihidangkan dengan Dr.Strange Multiverse of Madness.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Trending | 22

Pentas Seni Merdeka, Usaha Bersama Think City & DBKL Untuk Daerah Kreatif

Gadgetmodel Hiasan | 23

Kelab Komedi Disahkan Tiada Lesen, Salahguna Permit – Timbalan Menteri