in ,

Kelab Komedi Disahkan Tiada Lesen, Salahguna Permit – Timbalan Menteri

Status sebuah kelab komedi yang kini jadi tular dan sedang ditutup serta digantung sementara operasinya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL akhirnya terbongkar juga.

Sejak ditutup pada 10 Julai lepas, kelab berkenaan telah didapati tak ada pun lesen hiburan selaras dengan Seksyen 17 Akta Hiburan 1992.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Katanya, pemilik kelab berkenaan hanya diberikan lesen restoran dan penjualan minuman keras tetapi memang tak ada lesen hiburan.

Untuk info, setiap premis yang mahu melakukan perniagaan restoran dan mempunyai hiburan perlu ada dua lesen iaitu lesen restoran dan juga lesen hiburan.

“Pemilik kelab tersebut memang ada memohon lesen hiburan tetapi ianya tak diluluskan atas eebab tertentu.”

“Ini kerana untuk dapat lesen hiburan ada syarat tertentu seperti laporan bomba, syarat aktiviti hiburan yang mahu diadakan, dan pihak kita pun tak boleh beri persetujuan kepada setiap hiburan.”

“Oleh itu, pihak kementerian memang tak berkompromi jika ada penyalahgunaan lesen. Premis ini tidak mempunyai lesen hiburan, dengan ini DBKL mengambil tindakan menggantung sementara operasi premis dan restoran ini sebab menyalahgunakan lesen.”

Buat masa sekarang pemilik premis diberi tempoh 14 hari untuk buat rayuan dan kemudian pihak jawatankuasa pelesenan DBKL akan bersidang untuk teliti dan siasat lebih lanjut.

Timbalan Menteri Jalaluddin juga mengakui ada dapat laporan tentang pelawak yang merupakan antara pemilik premis itu, yang buat persembahan dengan memperlekehkan bangsa.

“Saya dah meminta penguatkuasa agar buat siasatan terperinci tentang hal ini, jika benar, pihak DBKL akan mengambil tindakan lebih tegas dan sampai boleh jadi penutupan kelab.”

Jelas Timbalan Menteri lagi, premis itu ada lesen untuk operasi restoran dan juag penjualan minuman kras saja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Thor Love and Thunder: Belum Ada Tarikh Tayangan Ditetapkan Di Malaysia

Datin Patimah Upload Foto, Makan Bersama Puteri Sarah Liyana