in ,

Covid-19: JAWI Laksana Akad Nikah Secara Online Pertama Di Malaysia

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini melaksanakan satu majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia.

Buat pertama kalinya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan satu majlis akad nikah secara online di negara kita.

Video akad nikah tersebut yang melibatakan pasangan Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, telah dikongsikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana, (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebooknya

akad-nikah-online

Langkah ini diambil susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac hingga 28 April akan datang.

Dipisahkan oleh jarak dan hanya skrin menjadi ‘sesi pertemuan’ istiadat berkenaan, pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif berjaya disatukan menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.

Pengantin perempuan berada di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa berjaya disatukan pada jam 10.10 pagi tadi.

akad-nikah-online-1

“Alhamdulillah, dengan garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara,”

“Majlis Pernikahan Muhammad Don Haadi bin Don Putra dan Nahdatul Aishah binti Mohd. Shariff selamat dilangsungkan secara dalam talian (online)

Tambahnya lagi, majlis tersebut jugak berjaya dilaksanakan kurang dari 15 minit seperti yang dibenarkan pihak berkuasa.

“Menariknya, tempoh masa yang ambil kurang dari 15 minit. Usaha ini selari dengan keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang membenarkan majlis akad nikah secara dalam talian.

Akad-Nikah-Online-pertama-di-Malaysia

Yang menariknya majlis tersebut yang berwalikan bapa pengantin perempuan En Mohd Sharif turut disaksikan beliau dan Pengarah JAWI Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail melalui facebook Berita Al Hijrah.

Akad nikah yang diwalikan oleh bapa pengantin perempuan itu turut dihadiri saksi dan disaksikan Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

Disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live Berita Al-Hijrah, majlis nikah dalam talian berkenaan selaras dengan ketetapan terbaharu JAWI yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperoleh Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk dilaksanakan secara sidang media berdasarkan garis panduan dan borang permohonan yang ditetapkan.

Tonton video penuh majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia DI SINI.

Sebelum ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE)  memberitahu turut mengambil pendekatan yang sama bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di sana. Kementerian Keadilan UAE pasangan yang ingin berkahwin boleh memilih tarikh majlis selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Ringkas Drama Korea A WORLD OF THE MARRIED COUPLE

Berkongsi Nombor Telefon Peribadi, Nabila Razali Cuba Meniru Ali Gatie