in , ,

The Sella Lancar Single Berjudul SETAJAM KATA Buat Inspirasi & Berjuang Melawan Pandemik

Kumpulan THE SELLA telah ditubuhkan pada tahun 2017, dan pada asalnya mereka ini merupakan pemuzik jalanan di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan ini membawakan konsep rock dan dianggotai oleh tiga orang iaitu Ceasar (Vokalis & Gitar Utama], Liley ( Pemain bass] & Apis sebagai (Pemain Drum / Vokalis ke-2].

Pencapaian tertinggi kumpulan THE SELLA ini ialah apabila mereka diberi peluang untuk membuat persembahan di beberapa buah daerah di kota Perancis pada tahun 2018 dan telah merakamkan lagu pertama mereka didalam bahasa Inggeris yang berjudul COLD LOVE hasil ciptaan saudara DZICKY BLUES BUGS dan lagu mereka dilancarkan di Perancis pada tahun tersebut.

Tahun 2020 ini, THE SELLA mencuba nasib didalam industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan single terbaru mereka berjudul Setajam Kata di bawah naungan label M&JENTERTAINMENT

Lagu bergenre Alternatif rock ini dicipta oleh komposer muda yang berbakat iaitu saudara NELSON LIMBUN yang merupakan sahabat kepada Vokalis utama The Sella yang berasal dari Sarawak.

The Sella Lancar Single Berjudul  SETAJAM KATA Buat Inspirasi & Berjuang Melawan Pandemik

Lirik Video lagu ini adalah berbentuk animasi lakaran watak setiap ahli kumpulan yang dilakarkan oleh Kartunis terkenal MAJALAH APO / UJANG tanah air iaitu saudara MANZAR.

Lagu Setajam Kata dicipta di waktu negara dilanda wabak covid sekaligus memberi inspirasi kepada pencipta untuk menulis lirik yang mengisahkan tentang perjuangan seseorang insan bersama rakan-rakan lain tidak kira dalam apa jua bidang yang dilakukan untuk terus berusaha dan terus majuuntuk mencapai kejayaan.

Lagu ini juga diharap dapat memberi inspirasi kepada kita supaya tidak mudah berputus didalam waktu yang sedang sukar .

Setajam Kata boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi semua portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, KKBox. Lirik video juga boleh ditonton di YouTube menerusi ‘channel’ M&J Entertainment.

LIRIK THE SELLA SETAJAM KATA

Waktu terhenti,
Dan terasa sepi,
Dikala bumi saling menghakimi sendiri,

Dengan bicaramu,
Ku tuliskan lagu,
Agar dapat ku luahkan dengan dunia,

Biar kan waktu,
Ku tak mengalah,
Ku terus berjuang dan terus Mengejar, impian
Bersama, mereka Seperjuangan seperti diriku

Kata cuma berkata
Mulut sampai kepala
Walau pisau takkan setajam kata

Dengan bicaramu, Ku tuliskan lagu, Agar dapat kuluahkan dengan dunia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nak Bagi Suami Rehat, Syafiqah Aina Hadiahkan PS5 Untuk Hafiz Mahamad

Pereka Fesyen Pierre Cardin Meninggal Dunia di Usia 98 Tahun