in ,

Nak Bagi Suami Rehat, Syafiqah Aina Hadiahkan PS5 Untuk Hafiz Mahamad

Bagi pasangan suami isteri, sudah menjadi kebiasaan apabila salah seorang memberi hadiah hari lahir atau sekadar sebagai tanda penghargaan kasih dan sayang.

Begitulah yang sering dilakukan oleh pasangan selebriti media sosial ini, usahawan kosmetik Syafiqah Aina dan suaminya Hafiz Mahamad yang sering berkongsi momen romantis sepanjang alam perkahwinan mereka.

Menerusi satu video yang dikongsi di akaun Instagram miliknya, wanita berusia 26 tahun itu memuat naik video mengenai kejutan yang dilakukan kepada suami tercintanya itu.

“Dia sentiasa bagi yang terbaik”

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, Aina memilih untuk memberi kejutan permainan video Sony Play Station 5 (PS5) kerana suaminya sangat mengilai permainan tersebut selain dapat merehatkan diri untuk seketika.

Tambah Aina lagi, sikap suaminya yang sering mendahulukan orang lain membuat dia berasa Hafiz berhak untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya.

Nak Bagi Suami Rehat, Syafiqah Aina Hadiahkan PS5 Untuk Hafiz Mahamad

“Dari semua benda, segalanya dia akan dahulukan untuk orang lain. Dia sentiasa akan bagi yang terbaik untuk apa yang dia nak dan usahakan.

Saya percaya dia berhak untuk mendapatkan kegembiraan dalam hidupnya,”

– Syafiqah Aina

Telatah romantis Aina yang menghargai pengorbanan suaminya membuatkan rata-rata netizen mengemarinya kisah cinta mereka yang sering dikongsi di media sosial.

Nak Bagi Suami Rehat, Syafiqah Aina Hadiahkan PS5 Untuk Hafiz Mahamad

Usaha Untuk Buat Awak Gembira

Melalui ruangan komen di posting, Hafiz Mahamad juga berterima kasih kepada isterinya dan rata-rata pengikut mereka di Instagram turut meninggalkan pelbagai reaksi selepas melihat kegembiraan pasangan ini.

Umum mengetahui pasangan ini gemar membuat baik untuk pekerja mereka dan insan yang memerlukan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga. Amin!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tun Musa Hitam Teruja Keupayaan Johor Membina Velodrom Berkelas Dunia

The Sella Lancar Single Berjudul SETAJAM KATA Buat Inspirasi & Berjuang Melawan Pandemik