in , ,

The Rock Kasi Teaser Jason Mamoa Mungkin Sertai Filem FAST & FURIOUS

Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama The Rock nampaknya bersedia nak ‘smackdown’ semua penjahat, pencuri kereta dan penyangak dalam Fast & Furios bersama-sama Aquaman!

Bekas bintang WWE tersebut sekarang dalam pembikinan filem spin-off Fast & Furious, Hobbs & Show dan dalam filem tersebut juga menampilkan sepupunya yang juga bintang WWE juga iaitu Roman Reign.

Berbalik pada filem Hobbs & Shaw, nampaknya The Rock nak memperkenalkan ‘keluarga Samoa’ nya dan bila sebut pasal Samoa, para peminat terus ‘petik’ satu nama lagi iaitu Jason Mamoa yang memang berdarah Samoa.

The Rock Kasi Teaser Jason Momoa Mungkin Sertai Filem FAST & FURIOUS

Harapan peminat nak tengok Mamoa dan The Rock dalam satu filem nampaknya tinggi sebab kedua-dua mereka membesar di Hawaii.

Namun, untuk filem Hobbs & Show ini, The Rock menjelaskan Mamoa tak mungkin dapat sertai disebabkan penggambaran untuk Aquaman 2 sedang berlangsung.

Tapi, ada kemungkinan besar Mamoa akan ada dalam filem kedua Hobbs & Shaw! Spoiler betul. Tak pasal-pasal peminat tahu yang Hobbs & Shaw ni akan ada filem kedua. Haha.

Filem spin off Fast & Furious; Hobbs & Shaw ni akan berada di pawagam pada 2 Ogos 2019 dan berkemungkinan akan ditayangkan di Malaysia seminggu lewat, ataupun pada tarikh yang sama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Ada 1.8 Billion Peranti Aktif di Seluruh Dunia

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem COLD PURSUIT