in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem COLD PURSUIT

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem COLD PURSUIT di TGV Cinemas 1 Utama pada 20 Februari 2019 (Hari Rabu). Jadi, kepada anda yang mahu tiket, boleh sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem aksi yang menuntut keadilan dan menghapuskan kejahatan berjudul COLD PURSUIT.

Filem COLD PURSUIT

Filem yang mempunyai jalan cerita yang cukup menarik ini dilakonkan oleh Liam Neeson sebagai penggerak utama sebagai Nelson “Nels” Coxman di samping pelakon lain seperti Emmy Rossum, Tom Jackson, Domenick Lombardozzi, Julia Jones, John Doman, Laura Derndan dan Tom Bateman.

Filem ini merupakan remake dari filem thriller Norwegia tahun 2014 berjudul In Order of Disappearance. Neeson adalah seorang ketua keluarga yang disukai orang-orang serta menjalani kehidupan yang baik dengan isterinya (Laura Dern).

Namun kehidupan yang cukup sempurna tersebut tiba-tiba hilang ketika anak lelakinya meninggal dunia kerana telah dikhianati penjahat yang cuba membunuh dengan meletakkan overdose dadah heroin.

Karakter yang dibawa oleh Neeson adalah seorang yang sangat kecewa dan marah lalu berusaha membalas dendam atas kematian anak lelakinya itu.

Filem yang diarahkan oleh Hans Petter Moland ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 Februari 2019.

Cold Pursuit FB Cover

Sinopsis COLD PURSUIT

“COLD PURSUIT, an action thriller infused with irreverent humor, stars Liam Neeson as Nels Coxman, a family man whose quiet life with his wife (Laura Dern) is upended following the mysterious death of their son. Nels’ search for justice turns into a vengeful hunt for Viking (Tom Bateman), a drug lord he believes is connected to the death. As one by one each of Viking’s associates “disappear,” Nels goes from upstanding citizen to ice-cold vigilante, letting nothing – and no one – get in his way.”

Apakah kesudahannya, korang kena tonton di pawagam ya.

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan aksi ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 20 Februari 2019 (Hari Rabu).

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 21 Februari 2019, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer COLD PURSUIT yang telah diriliskan di Youtube.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Peraduan Premiere With Budiey Menonton COLD PURSUIT

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
20 Februari 2019 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere COLD PURSUIT– Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ColdPursuitMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ColdPursuitMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama filem COLD PURSUIT

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan COLD PURSUIT– Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem COLD PURSUIT

Tarikh tutup peraduan:

18 Februari 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 21 Februari 2019 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem COLD PURSUIT
Filem COLD PURSUIT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Rock Kasi Teaser Jason Mamoa Mungkin Sertai Filem FAST & FURIOUS

“Jangan Menyerah, Ayo Sekolah,” Lagu Si Nopal Tular Sebab Asyik Terngiang di Kepala Wany Hasrita