in

Tonton THE HANTUS Koleksi Kisah Hantu ‘Seram, Viral & Popular

Koleksi Kisah Hantu ‘Seram, Viral & Popular’ Dizahirkan Dalam Satu Naskhah Hebat

Pengacara versatil, Nabil Ahmad pertaruh bakat mengarah menerusi FTV sulung bergenre komedi-seram

Dari hari ke hari, perjalanan seni figura ini terus diwarnai dengan pelbagai peranan menarik. Terbaharu, pengacara dan pelakon serba boleh, Nabil Ahmad mengorak selangkah lagi apabila buat julung kalinya menghasilkan sebuah Filem Televisyen (FTV) berjudul ‘The Hantus’ khas untuk siaran Astro First Eksklusif.

Menggalas beberapa tanggungjawab utama di belakang tabir sebagai Penulis Skrip dan Penerbit, Nabil turut bertindak sebagai Pengarah Bersama di samping Pengarah; Helmi Yusof.

Unnamed

FTV yang bergenre komedi-seram ini diinspirasikan dari kisah-kisah hantu seram, popular dan viral termasuklah cerita ‘Volkswagen Kuning’, ‘Hantu Kak Limah’ dan ‘Kisah Seram & Misteri Mimaland’.

Berlatarkan skrip dan plot penceritaan yang kuat, ‘The Hantus’ diperhebatkan lagi dengan penampilan barisan selebriti popular seperti Faizal Hussein, Alif Satar, Hannah Delisha dan Khatijah Tan yang memegang watak utama untuk naskhah ini.

Bayangkan anda menonton babak-babak seram dan penuh suspens, namun begitu pada masa yang sama, anda akan tidak kering gusi dengan keletah ‘hantu-hantu’ ini yang ada ketikanya kelihatan takut dan pucat lesi apabila terserempak dengan ‘hantu buatan manusia’ terutamanya ketika babak di dalam Rumah Hantu.

Banyak lagi babak-babak menarik menanti penonton yang pasti akan buat anda terhibur.

Jangan lupa untuk melanggani Astro First Eksklusif sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Introduces 2018 QLED TVs

Selebriti Popular Meriahkan Kempen #NiatBersama Ceriakan Warga Tua