in

Selebriti Popular Meriahkan Kempen #NiatBersama Ceriakan Warga Tua

Digi ajak pelanggan bawa keceriaan kepada warga tua

Pelanggan dijemput berkongsi dan memenuhi niat baik mereka untuk Ramadan lebih bermakna

Bertepatan dengan Ramadan yang mulia lagi diberkati, ramai umat Islam merefleksi diri dan memberi tumpuan kepada penambahbaikan rohani, Digi Telecommunications Sdn Bhd (‘Digi’) mengajak para pelanggan untuk bersama-sama mengambil peluang berkongsi nikmat kesyukuran dan memenuhi niat baik mereka melalui beberapa aktiviti di bawah tema #NiatBersama.

IMG_4565 2

Bernard Lee, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Digi berkata,

“Bulan Ramadhan merupakan satu bulan di mana umat Islam digalakkan berkongsi rezeki dan bersedekah kepada yang memerlukan dan di Digi, kami percaya Ramadan yang bermakna bermula dengan niat yang tulus dan ikhlas.

Oleh itu, kami sentiasa mencari cara bagaimana kami dapat membalas sokongan yang diberikan oleh pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan Internet yang lebih bermakna. Justeru itu, dengan kempen #NiatBersama, kami berharap mereka akan mempunyai platform untuk berkongsi kegembiraan musim perayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik. “

Meraikan Ramadan Bersama Warga Emas

Untuk menjadikan Ramadan lebih bermakna, Digi mempunyai niat untuk meraikan bulan yang mulia ini bersama warga emas yang ditempatkan di pusat-pusat penjagaan orang tua.

Baru-baru ini, Digi telah melawat rumah penjagaan orang tua di Lahat, Perak di mana mereka telah dihadiahkan dengan keperluan makanan asas, pakaian raya, serta sesi memotong rambut oleh MalyaArtwork.

IMG_4564

Mereka juga telah dihiburkan oleh artis-artis tempatan Cassidy, Aziz Harun, Andi Bernadee, Amir Hassan dan Wan Shahjuddin yang berada di bawah naungan Warner Music, rakan #NiatBersama Digi.

“Kami amat tersentuh melihat kegembiraan dan senyuman yang dilemparkan kepada kami oleh warga emas apabila kami muncul di pusat penjagaan tersebut untuk meluangkan masa bersama mereka. Selepas Perak, kami akan meneruskan lawatan Ramadhan ini ke dua lagi pusat penjagaan orang tua yang terletak di Kuantan, Pahang dan Rawang, Selangor dalam beberapa minggu akan datang,” jelas Bernard, sambil menambah bahawa pelanggan Digi yang berminat untuk menyertai lawatan ini boleh menebus jemputan di MyDigi Rewards melalui aplikasi MyDigi.

Hantar Hadiah kepada Rakan atau Orang Tersayang melalui MyDigi Rewards

Dari 22 Mei sehingga 15 Jun 2018, pelanggan Digi boleh membeli barangan dengan tawaran eksklusif di ‘Ramadan Deals’ bagi diri sendiri atau memilih untuk menghantar barangan tersebut sebagai hadiah kepada rakan atau orang yang tersayang melalui MyDigi Rewards.

Untuk maklumat lanjut mengenai Digi #NiatBersama, sila layari http://digi.my/niatbersamapr

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton THE HANTUS Koleksi Kisah Hantu ‘Seram, Viral & Popular

Senarai Program Menarik Sepanjang Syawal di Rangkaian TV Media Prima