in ,

The Firm Musim Kedua Program Ala The Apprentice di NTV7

The Firm kembali lagi dengan musim kedua yang lebih kejutan. Siri tempatan ala The Apprentice ini akan bermula pada 2 Ogos 2008 setiap Sabtu jam 8.30 malam di NTV7.

Pada 27 Julai lalu, telah berlangsung majlis sidang media pelancaran The Firm musim kedua di The Carat Club, Pavilion Kuala Lumpur.

Tanpa sebarang skrip, tanpa dirancang, program TV ini bertujuan menyingkir peserta yang lemah daripada yang berjiwa kental, mereka yang tidak memenuhi tahap pencapaian berbanding yang menyerlah serta pengikut berbanding pemimpin.

Sebanyak 500 permohonan menyertai program ini diterima ketika pencarian bermula bulan Januari hingga April yang lalu. Kemudian disenarai pendekkan hingga tinggal 100 pemohon dan temubual dikendalikan bersama penerbit, usahawan serta golongan profesional industri.

Selain kelayakan akademi, individu-individu ini dipilih berdasarkan keinginan mereka untuk berjaya, bercita-cita tinggi, fokus kepada matlamat, berdedikasi serta benar-benar bersedia untuk mengetuai sebarang tugas. 14 peserta kemudian dipilih untuk menyertai program ini.

The Firm bakal mendedahkan perjuangan 14 peserta dalam perjalanan mereka yang amat menarik. Sambil mereka berentap untuk menyelesaikan tugasan yang mencabar minda, penonton pula berpeluang mendapatkan tip berguna serta panduan dalam mengendalikan tugas dan cabaran korporat setiap hari. Mereka akan bersaing dalam pelbagai tugasan dan seorang ahli daripada kumpulan yang tewas aan tersingkir setiap minggu.

Dengan latar belakang dan bidang yang berbeza, peserta The Firm musim kedua ini diketuai oleh Peter Pak, kumpulan Ekuiti terdiri daripada Pengarah Pemasaran bernama C.A, Pengurus Penjualan Boon Yew, wartawan bernama Masami, Ekskutif Pemasaran bernama Jennifer Eu, Jurulatih Korporat bernama Ridzuan serta Pengurus Penerbitan bernama Dian Azmi.

Musim lalu ada 10 episod dan program ini menitik beratkan drama di mana setiap kumpulan bekerjasama untuk menjayakan misi mereka.

Dua mentor rancangan ini akan memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada 14 peserta. Bagi kumpulan Aset, pemimpinnnya ialah Chan Boon Yong iaitu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Carat Club yang banyak menerima pengiktirafan dan sambutan seluruh dunia. Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah yang mengiktiraf epimpinan serta kemahiran keusahawanannya.

Peter Pek pula adalah pakar penjenamaan yang terkenal dihargai kerana membawa projek Superbrands ke Malaysia dan menerbit serta menjadi editor bersama dalam projek buku pertama Superbrands Malaysia.

Setiap episod memaparkan suatu kemahiran keusahawanan yang amat penting dalam menentukan kejayaan seorang korporat yang cepat meningkat. Antara aspek yang diuji termasuklah penjenamaan, promosi serta bagaimana menentukan hala tuju dan memenuhi kehendak pasaran sasaran. Dalam episod pertama, kedua kumpulan akan diuji ketajaman perniagaan mereka dalam mempromokan set menu makan tengahari istimewa untuk The C. Club. Kemudian mereka akan ditugaskan untuk mengadakan jelajah promosi mini di kilang Taiping Spritzer, mempromosikan Banda Acheh sebagai destinasi pelancongan pilihan, menyediakan infomercial berdurasi satu minit mengenai Nestle Omega Plus di samping mengendalikan gerai untuk mempromosikan Tune Card dan banyak lagi.

Pada sidang media itu, Ketua Pegawai Eksekutif NTV7 Dato Anthony Bujang berkata,

“Tahun lepas, kami telah mencabar peserta untuk beroleh kejayaan dalam situasi tertekan. Musim ini pula, kami berharap untuk menyaksikan persembahan terbaik peserta di bawah panduan mentor yang amat disegani dalam dunia korporat di sini. Sebagai sebuah stesen nombor satu dalam menyiarkan program berbahasa Cina dan nombor dua dalam rancangan berbentuk ‘urban,’ rancangan seperti ‘The Firm’ akan mengukuhkan lagi kedudukan NTV7 terutamanya kepada penonton bandaran yang mempunyai latar belakang berbeza. Untuk musim pertama ‘The Firm,’ seramai satu juta penonton mengikutnya,

Jika meminati musim pertama, drama realiti korporat, ‘The Firm,’ pasti untuk musim ini, anda akan terpukau dengan adegan drama dan persaingan korporat lebih hebat yang bakal ditayangkan setiap sabtu, jam 8.30 malam bermula esok… 2 Ogos ini di Saluran Ceria Anda.

[tags]the c club, the firm, season 2, the apprentice, cheerleading competition, fifi, gadis ayu, gadis sunti, indonesia cewek, anuar zain, david beckham, hair gel, bawah umur, gadis, hubungan, intim, kes rogol, kosmo, rachel samuel, romen, sejenis, sekolah, seks, sex, hair wax[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Happy Birthday to Budiey

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Rakaman Teratak Siti Nurhaliza TV3