in , ,

Teruk Dikritik, Filem MAT KILAU Trending Tempat Pertama di Netflix

Walaupun teruk dihentam netizen selepas filem itu ditayangkan di Netflix, filem Mat Kilau berjaya mendapat tempat pertama dalam carta Top 10 di laman penstriman tersebut.

Menjengah ke aplikasi penstriman terbesar itu, Mat Kilau ialah filem yang menjadi tempat pertama dan paling ditonton di Malaysia

Nampaknya, kecaman demi kecaman membawa kepada perasaan ingin tahu yang menyebabkan filem tersebut kekal sebagai filem yang mempunyai kekuatannya yang tersendiri. 

Sekali lagi menjadi fenomena, filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof menjadi bahan bualan netizen apabila naskah tersebut telah mula ditayangkan di saluran berbayar Netflix di Malaysia mulai 16 September lalu.

Antara kritikan netizen adalah ada yang menganggap filem tersebut sebagai terlalu ‘over’ atau dengan kata lain ‘overrated’ dari segi skrip dan sinematografi.

Namun, bagi Syamsul, segala kritikan yang diterimanya itu dianggap sebagai sesuatu yang normal.

Ada suka, puji melambung. Hina pun ada. Jadi, tenang-tenanglah. Apa pun Alhamdullilah. Saya dah lama buat filem dah ‘masak’. Filem ni biasalah. Apa yang penting majoriti penonton suka, saya bersyukur,”

– Syamsul Yusof

Tambahnya lagi, dia sebagai penggiat seni tidak mudah untuk berasa puas hati dan akan terus memperbaiki karya terbitannya dengan perlahan-lahan.

“Saya hargai anda semua. Serius! Semoga terus berjaya dan semoga kita semua dapat terus hasilkan filem terbaik untuk industri filem Malaysia,” kata Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof.

Syamsul mengakui tersentuh dengan pelbagai komen di media sosial mengenai filem itu selepas ia ditayangkan di platform digital Netflix baru-baru ini.

Dalam hantaran video di Instagramnya, Syamsul akan terus memperbaiki segala kekurangan dan menerima segala komen dengan terbuka.

Syamsul turut mengajak pembikin filem tanah air untuk terus menghasilkan filem yang berkualiti untuk industri.

Kata Syamsul, dia menerima banyak mesej daripada peminat seluruh dunia seperti Jerman, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Australia yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan Mat Kilau.

“Alhamdullilah, selepas kejayaan filem ini ada agen dari negara lain yang mula berminat dengan filem saya, jadi saya bersyukur,”

– Syamsul Yusof

Dalam pada itu, suami kepada Puteri Sarah Liyana ini juga menzahirkan rasa syukur apabila ramai pihak dan wakil filem dari pelbagai negara yang mendambakan naskah arahannya selepas ini.

“Teruskan bercakap, teruskan menciap (tweeting) mengenai filem saya, Mat Kilau. Sekarang, ia ditayangkan di Netflix, seluruh dunia.” katanya.

Dalam video sama, Syamsul juga mengajak pengikutnya di platform media sosial itu untuk menyokong filem Abang Long Fadil 3, arahan adiknya, Syafiq Yusof.

“Filem Abang Long Fadil 3 sedang ditayangkan di pawagam. Silalah pergi serbu. Ia adalah filem aksi komedi terbaik dalam tahun ini,” katanya.

Filem Mat Kilau yang dibintangi Datuk Adi Putra, Beto Kusyairi, Fattah Amin dan ramai lagi mencecah jumlah kutipan hampir RM100 juta sekali gus menjadi filem dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jaya

Yayasan Sutra Bakal Persembahkan Jaya Ram, Produksi Odissi Terbesar

Samsung

Ini Cara Samsung Galaxy Foldables Memudahkan Hari Sukar Anda!