in , ,

Terpilih Separuh Akhir Muzik-Muzik, Kredibiliti Nabila Razali Dipertikai?

Penyanyi Nabila Razali menebus kekecewaan tidak dapat melangkah ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM34) tahun lalu apabila lagu Peluang Kedua berjaya mara ke edisi SFMM35 tahun ini.

Nabila, 28, bakal bersaing pada minggu kedua SFMM35 yang akan berlangsung pada 21 November ini. Peluang Kedua merupakan ciptaan komposer Hael Husaini dan MFMF.

Mengulas mengenai ramai yang mempertikaikan kredibilitinya untuk menyanyikan lagu tersebut secara live, Nabila menjelaskan, “Alhamdulillah lagu itu pun dah dicalonkan ke Separuh Akhir Muzik-Muzik. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang dah mengundi.”

“Untuk bercakap mengenai kredibiliti seseorang itu, pada saya kita tengok hasilnya nanti, saya tak perlu bercerita kepada orang ramai (apa yang saya buat), cukuplah saya dapat berikan persembahan yang baik pada malam separuh akhir itu nanti,”

– Nabila Razali

Ditanya mengenai adakah dia akan membawa penyanyi undangan, MK daripada K-Clique untuk sama-sama memeriahkan lagi persembahannya pada minggu separuh akhir itu nanti, Nabila berkata, “Rahsia, nantikan sahaja persembahan saya nanti.”

Peluang Kedua yang dinyanyikan Nabila menjadi antara lagu siulan pada tahun ini lebih-lebih lagi selepas dia menampilkan MK menerusi muzik video (MV) lagu tersebut.

Setakat ini, MV Peluang Kedua telah meraih sebanyak lebih 22 juta tontonan sejak ia mula dimuat naik dua bulan lalu.

Untuk SFMM35, Peluang Kedua akan bersaing dengan 29 lagu lain untuk mara ke peringkat Anugerah Juara Lagu (AJL) yang mana hanya membariskan seramai 12 finalis sahaja pada setiap tahun.

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sarah Hildebrand | 23

Tak Suka Boleh Unfolllow, Ini Pesanan Sarah Hildebrand Untuk Pengikut Yang Tak Respek

Inteam 2020 | 24

Inteam Jayakan Persembahan Atas Talian di California, USA.