in , ,

Inteam Jayakan Persembahan Atas Talian di California, USA.

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia tidak menjadi penghalang kepada kumpulan Nasyid Inteam untuk melebarkan sayap mereka ke peringkat antarabangsa.

Selepas mengadakan persembahan di Toronto, Kanada selama 2 tahun berturut-turut di dalam acara Reviving Islamic Spirit pada tahun 2018 dan 2019, kumpulan Inteam mula dikenali warga USA dan Eropah khususnya komuniti Muslim di sana. 

“Alhamdulillah, pada peringkat awal PKP yang lalu kami telah mendapat undangan persembahan secara atas talian bersama komuniti Muslim di Kanada iaitu dalam acara tahunan di sana iaitu Muslim Fest yang turut disertai wakil Perdana Menteri Kanada dan beberapa orang Menteri dan pemimpin kerajaan Kanada” ulas Syah, ketua kumpulan Inteam.

Nasyid Inteam

“Kemudian pada hari raya yang lalu, kami diundang pula mengadakan persembahan bersama komuniti Muslim Perancis juga melalui persembahan norma baharu iaitu melalui atas talian” tambah Hazamin.

“Kini kami dijemput lagi menjayakan satu program sempena Maulidurrasul di California, USA oleh sebuah organisasi dakwah di sana iaitu Tawasaw yang diketuai seorang ulama dan pendakwah USA iaitu Sheikh Alauddin Elbakri pada Isnin ini, 16 November 2020 jam 7 pagi waktu Malaysia.

Persembahan kali ini agak mencabar disebabkan perbezaan masa dan ia dilaksanakan secara langsung, jadi kami perlu bersedia seawal jam 6 pagi untuk persembahan tersebut yang akan kami laksanakan di pejabat Inteam Records” ulas Rahim mengenai undangan yang baru mereka terima.

Nasyid Inteam

Selain bakal mengadakan persembahan Online di USA Isnin ini, menurut Syah, mereka dijemput lagi buat kali ketiga untuk mengadakan persembahan di dalam acara RIS Toronto namun kali ini secara atas talian bersama kumpulan Raihan dan Rabbani pada 27 Disember nanti.

Inteam kini sedang giat membuat persediaan untuk konsert atas talian sempena ulangtahun ke-20 mereka yang mendapat sokongan dana dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang akan diadakan pada 12 Disember 2020.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Terpilih Separuh Akhir Muzik-Muzik, Kredibiliti Nabila Razali Dipertikai?

Rating Meningkat, Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Tonton Drama START UP di Netflix