in , ,

Bulan Sutena Tidak Sangka Lagu TERPESONA Tular & Trending di TikTok

Bunga Sutena, atau nama sebenarnya Wayan Bulan Yurianna Sutena, seorang anak seni yang berasal dari Gianyar, Bali, Indonesia. Kini beliau hadir dengan lagu terbaharu berjudul TERPESONA yang menjadi siulan dan viral di sosial media.

Gadis berusia 17 tahun ini mula dikenali melalui video-video nyanyiannya secara akustik yang dimuatnaik di laman sosial miliknya. Bakat Bulan Sutena pada awalnya mendapat perhatian dari masyarakat Indonesia sahaja.

Tanpa disangka, rezeki berpihak pada Bulan Sutena apabila lagu Terpesona nyanyiannya telah tular dan mendapat perhatian masyarakat Malaysia juga. Versi baru lagu Terpesona yang dibawakan oleh Bulan Sutena ini mula mendapat perhatian ramai melalui aplikasi TikTok miliknya, dan sejak itu ramai yang mula mengenali lagu asal dan secara tidak langsung tertarik untuk mengenali Bulan Sutena.

Setelah lagu Terpesona tular, Bulan Sutena dirisik oleh sebuah syarikat rakaman dan pengurusan artis di Indonesia iaitu The LEGACY Indonesia. Atas permintaan ramai, Bulan Sutena merakamkan single dan muzik video Terpesona ciptaan Semuel Takatelide, terbitan Harpa Swara Kusuma.

Muzik video Terpesona boleh ditonton di akaun YouTube LEGACY ID. Setelah 3 bulan ianya dilancarkan, muzik video rasmi Terpesona itu telah mencecah lebih 2.6 juta tontonan di YouTube. Pengikut akaun TikTok Bulan Sutena (@BulanSutena) juga kini mencecah lebih 6.3 juta pengikut.

Melihat potensi lagu Terpesona dari Bulan Sutena yang tular dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama melalui aplikasi TikTok dan Instagram, pihak pengurusan lagu Terpesona dan pihak MVM Production mengambil keputusan untuk bekerjasama dalam projek khas buat lagu Terpesona ini.

Pada 14 Julai 2021, sebuah muzik video Terpesona versi terbaru telah dimuatnaik di laman YouTube MVM Music, khas buat penggemar muzik di Malaysia. Kolaborasi ini bertujuan untuk meluaskan promosi buat lagu “viral” Terpesona di Malaysia, yang akan diuruskan oleh pihak MVM Production.

Lagu Terpesona dari Bulan Sutena boleh mula didengarkan di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music dan iTunes. Ikuti perkembangan Bulan Sutena melalui pautan media sosial Instagram @bulansutena, @thelegacyid, @mvm_production dan di laman web www.rusamvm.com. Terima kasih atas sokongan terhadap Bulan Sutena, serta semua artis di bawah naungan MVM Production.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Dua Dos Vaksin Bukan Alasan Kehulu Kehilir,” – Nora Ariffin

Zizan Razak Menyesal Tak Sudah Sebab Beli Kereta Mewah Ferrari di Usia Muda