in ,

‘Dua Dos Vaksin Bukan Alasan Kehulu Kehilir,” – Nora Ariffin

Semua kita mahu keluar dari belenggu pandemik ini. Kerajaan sedang behempas-pulas memeranginya manakala rakyat pula dipertanggungjawabkan bekerjasama pakat-pakat mematuhi SOP dan perintah larangan.

Imuniti Kelompok atau Herd Immunity adalah keadaan di mana sebuah agen infektif (atau jangkitan) tidak dapat memasuki atau menyebar di kalangan suatu kelompok masyarakat oleh kerana sebahagian besar daripada anggota masyarakat tersebut mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut. Cara terbaik mencapai Imuniti Kelompok adalah melalui vaksinasi.

Meskipun sudah menerima dua dos suntikan lengkap vaksin, penyanyi popular Datuk Nora Ariffin masih tetap mengikut saranan kerajaan untuk kekal berada di rumah.

Menurut Nora, dia tetap dengan pendirian untuk berada di rumah kerana bimbang akan merisikokan keselamatan dan kesihatan orang lain terutama ahli keluarganya.

NORA ARIFFIN

“Walaupun saya sudah lengkap menerima dua dos vaksin, itu bukan alasan untuk keluar kehulu kehilir sesuka hati. Kekal berada di rumah lebih baik.

– NORA ARIFFIN

“Kita masih belum selamat. Jangan sibuk suka hati sangat, menyesal tak guna lagi,” tulisnya dalam InstaStory.

Terdahulu, dalam hantaran Instagram terbaharunya semalam, dia juga mendedahkan pernah mempunyai perasaan was-was mengenai vaksin namun berubah kerana memikirkan nyawa orang lain.

“Alhamdulillah sudah dua dos. Pada awalnya saya agak skeptikal juga tetapi setelah memahami, tiada isu untuk ragu-ragu demi menyelamatkan nyawa saya, anak-anak dan orang lain.

“Saya tekad dan sarankan semua segera ambil vaksin yang merupakan ikhtiar serta kita. Selebihnya teruskan berdoa dan tawakal kepada Allah SWT,” katanya lagi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Ahmad Fedtri Yahya Beraya Di Hospital, Keluarga Abang Turut Positif Covid-19

Bulan Sutena Tidak Sangka Lagu TERPESONA Tular & Trending di TikTok