in , ,

Terkena Renjatan Elektrik Jadi Punca Noh Salleh Meludah Atas Pentas

Rakaman video tular yang memaparkan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh meludah ketika membuat persembahan di sebuah festival muzik baru-baru ini adalah sesuatu yang bukan disengajakan.

Perkara itu disahkan pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin Ahmad yang memaklumkan Noh sebenarnya terkena renjatan elektrik daripada mikrofon yang menyentuh wajah yang dipenuhi peluh hingga mulutnya kebas.

“Insiden yang berlaku berpunca daripada masalah teknikal. Sepatutnya Noh tampil dengan gitar, tapi terpaksa menyanyi tanpa memetik gitar pada acara itu.

“Malah mikrofon yang dipegang juga mengalami masalah. Ketika Noh meletakkan mikrofon berhampiran mulutnya, dia terkena sedikit renjatan elektrik.

“Disebabkan mulutnya kebas serta tidak banyak masa dia secara spontan meludah di atas pentas bagi mengalih rasa sakit.

“Ingin saya tegaskan dakwaan Noh meludah ke arah penonton tidak benar. Jarak antara pentas dan penonton juga dipisahkan dengan besi penghadang, jadi tidak mungkin (ludah) terkena penonton,” katanya.

Menurut Ahmad Ariffin atau lebih dikenali Ipin berkata, sekiranya air liur terbabit terkena pada penonton pihaknya memohon maaf.

“Kalau tengok pada rakaman video itu Noh tunduk ketika meludah. Kalau dia ludah ke atas mungkin akan terkena penonton.

“Namun kalau video yang tular menyinggung perasan orang atau penonton terkena tempias ludah Noh, kami mohon maaf kerana perkara itu tidak disengajakan,” katanya.

Dalam masa sama, Ipin turut menjawab persoalan netizen mengenai keadaan kesihatan mental bekas suami usahawan dan aktivis masyarakat, Mizz Nina itu susulan beberapa insiden yang tular membabit Noh sebelum ini.

“Setakat ini Noh berada dalam keadaan baik dan sihat daripada segi fizikal serta mental, Insha-Allah.

“Sebenarnya kami memang agak sibuk dengan persiapan Konsert Hujan Rumah Kita yang bakal berlangsung pada 5 November ini serta bisnes lain.

“Noh memang seorang yang kuat bekerja, jadi dia akan padatkan jadualnya dengan kerja. Walau bagaimanapun Noh tetap ada masa untuk diri sendiri,” katanya.

Lepas Ludah Atas Pentas, Noh Hujan Selamba Tunjuk Jari Tengah

Sejak semalam, tular video di laman Twitter memaparkan aksi Noh Hujanmeludah ketika di atas pentas dipercayai ketika membuat persembahan di konsert Hausboom Music 2022.

Belum reda lagi kecaman netizen terhadap tindakannya itu, tular pula video penyanyi itu dikatakan menunjukkan jari tengah pula.

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok, Noh dilihat melambai ke arah peminat sambil tersenyum sebelum menunjukkan isyarat jari tengah.

Tindakan Noh itu ternyata mengejutkan ramai netizen yang tidak menyangka penyanyi yang berusia 37 tahun menunjukkan isyarat jadi tengah yang disifatkan tidak sopan apatah lagi dia bergelar haji.

Tidak kurang juga, ada netizen tertanya-tanya mengapa dengan penyanyi itu yang secara tiba-tiba berbuat demikian. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tidak Bersikap Jujur, Bad Indigo Dedah Punca Penceraian Dengan Ashira

Pelakon & Selebriti Terus Membisu Isu Gelaran ‘Datuk Palsu’ Suami