in ,

Pelakon & Selebriti Terus Membisu Isu Gelaran ‘Datuk Palsu’ Suami

Dua pelakon wanita iaitu Datin Fouziah Gous dan Datin Paduka Eina Azman terus berdiam diri untuk menjawab dakwaan ‘Datuk palsu’ yang dikaitkan dengan status gelaran dimiliki suami masing-masing.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua selebriti itu gagal apabila mesej dan panggilan telefon dibuat tidak dibalas serta dijawab oleh mereka.

Menerusi tinjauan Harian Metro di media sosial, Fouziah melalui perkongsian di Instagram Story kini berada di Johor bersama suami dan anak-anak kerana mengikuti festival perniagaan untuk minuman kesihatan sarang burung walet yang diusahakannya.

Manakala, Eina pula melalui  Instagram Story berkongsi beberapa juadah makanan masakannya untuk hidangan sekeluarga pada hujung minggu ini. Termasuk,  menikmati keenakan durian Musang King.

Terdahulu, isu gelaran didakwa palsu itu dikaitkan netizen kepada suami penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang tular dan mendapat liputan portal hiburan.

Difahamkan, isu berkenaan timbul susulan perkongsian individu di Facebook yang menggunakan akaun Aliff Ahmad mengenai gelaran Datuk Seri yang dimiliki Mahadi tidak tersenarai dalam sistem istiadat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noh Salleh | 20

Terkena Renjatan Elektrik Jadi Punca Noh Salleh Meludah Atas Pentas

Ezurin Khyra

Ezurin Khyra Lancar Skaf E, 10 Rekaan Yang Sesuai Untuk Semua Wanita