in

Terima Kasih Mstar Online Siar Berita Party Costume TAAP

Terima kasih juga kepada rakan-rakan media yang sudi hadir di Party Costume Tolong! Awek Aku Pontianak semalam. Antara rakan-rakan media yang turut hadir ialah Azira dari Mstar Online, Hafz & Taki dari program HipTV TV9, Emma dari Melodi TV3, Cinema Malaysia, Kak Fariza dari Majalah Perempuan, Kak Wan, Abang Din dan semua rakan Budiey yang datang untuk menyokong. Sokongan kalian sangat-sangat Budiey hargai.

Pada pagi ini, berita tentang party costume telah pun disiarkan di Mstar Online. Terima kasih Azira.

Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak

Antara rakan-rakan media yang sudi menyokong event Party Costum. Thanks all!

Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak

Hafiz dari program Hip TV – TV9 dan Emma dari Melodi – TV3. Terima kasih sebab sudi temubual Budiey ya. Love u all guys!

Parti Kostum Hantu Simbolik Filem ‘Tolong! Awek Aku Pontianak’
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Party TAAP

Antara tetamu yang hadir ke majlis Parti Kostum filem Tolong! Awek Aku Pontianak. – Foto LOW BOON TAT

KUALA LUMPUR: Parti kostum hantu bersempena dengan kemunculan filem Tolong! Awek Aku Pontianak pada 7 Julai ini telah berlangsung sebagai simbolik kepada salah satu adegan dalam filem itu.

Filem lakonan Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Nurul Wahab, Bell Ngasri dan Harun Salim Bachik itu akan menemui penonton di 51 buah pawagam seluruh Malaysia.

“Majlis ini diadakan sebagai simbolik kepada salah sebuah babak dalam filem Tolong! Awek Aku Pontianak dan selama dua minggu saya dan pihak Tayangan Unggul Sdn Bhd berbincang untuk menjayakan majlis ini.

“Hasil perbincangan, saya telah menganjurkan penyertaan ini kepada pembaca Budiey.com serta meminta mereka mengantar emel yang mengandungi slogan, jenis pakaian mengikut tema dan sebab ingin menonton filem ini,” kata Budiey, blogger dari portal hiburan Budiey.com selaku salah seorang penganjur di Megaview 1, Menara Kuala Lumpur.

Party TAAP

Budiey Penulis Blog Budiey.com

Menurutnya, seramai 180 tetamu yang hadir termasuk para pelakon filem tersebut dan rakan artis lain seperti Shila Amzah, Farawahida dan Farina AF8 yang membuat persembahan dalam majlis itu.

“Majlis seperti ini memberikan sedikit kelainan dan lebih meriah berbanding majlis yang pernah dianjurkan sebelum ini.

“Jika ada peluang bekerjasama dengan pihak penganjur lain, saya akan mengadakan parti kostum lagi,” katanya yang turut menganjurkan majlis ulang tahun Budiey.com pada 7 Januari setiap tahun.

Selain berpeluang memenangi hadiah pakaian terbaik mengikut tema, penonton turut dihidangkan dengan permainan dan menonton secara eksklusif tayangan 30 minit pertama dalam filem ini.

Turut diadakan adalah cabutan bertuah dan peluang memenangi 30 hadiah di mana hadiah utama sumbangan Canon berupa kamera video Canon Legria HFR16 manakala hadiah Kostum Lelaki Terbaik dan Kostum Wanita Terbaik masing-masing adalah kamera digital Canon PowerShot A3300IS.

Party TAAP

Bintang filem Tolong! Awek Aku Pontianak sempat menghiburkan tetamu.

Dalam pada itu, Tayangan Unggul turut menjalinkan kerjasama dengan Kelab Motor Keicarmania di mana pelekat kereta berlogo filem Tolong! Awek Aku Pontianak dilekatkan di 100 buah kenderaan milik ahli kelab motor ini di seluruh negara ini.

Malah 10 buah kenderaan dari kelab ini turut hadir memeriahkan majlis ini. via Mstar Online

Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak

Farawahida @ Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak

Farawahida… JANGAN KAU TANYA AKU LAGI.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak

TV9 Bakal Anjurkan Konsert GIG TV9