in

Tentang Teater YEOP: Tribute to Dato’ Syed Alwi

To honour the late National Laureate Dato’ Syed Alwi Syed Hassan and his contribution to the development of Malaysian theatre, Tampakdara and The Actors Studio Seni Teater Rakyat will be presenting Teater YOEP: A Tribute to Dato’ Syed Alwi from 27 to 30 December in Pentas 2, klpac.

Projek Teater YOEP “Tribut Syed Alwi” merupakan sebuah persembahan yang bertujuan memperingati jasa dan mengenang sumbangan seniman Negara ke 5 (2002) Allahyarham Dato’ Syed Alwi Syed Hassan terhadap perkembangan seni drama Malaysia.

Persembahan akan mengangkat tiga (3) naskah terpilih karya. Ia adalah drama Alang Retak Seribu (1973), Tok Perak (1974) dan Going North (1980) dan akan dipentaskan dengan konsep forum teater.

Tentang Teater Yeop: Tribute To Dato’ Syed Alwi

Konsep teater forum adalah bersifat interaktif antara pelakon, watak dan penonton dalam semasa persembahan berlangsung. Ia bertujuan bagi menagani isu-isu yang diutarakan berdasarkan tiga naskah iaitu Menuju utara, Alang Rentak Seribu dan Tok Perak.

Semasa persembahan, teknik Forum teater akan dibuat bagi mendapat cadangan, pandangan dan cerita sebenar terhadap persoalan yang ada dalam tiga naskah ini dan dikaitkan dengan persoalan yang berlaku didunia sebenar.

Juga akan diutarakan isu seniman Negara dan karya-karyanya termasuk perjalanan hidup Dato’ Syed Alwi sehingga saat kematiannya.

Gabungan isu dari tiga naskah ini dengan teknik forum teater akan membawakan satu revolusi baru dalam struktur persembahan dan suntikan baru kepada isu-isu yang diutarakan dalam karya Dato’ Syed Alwi.

Tentang Teater Yeop: Tribute To Dato’ Syed Alwi

A pioneer in the early years of Malaysian theatre, Dato’ Syed Alwi was the Founder of the Malayan Art Theatre Group.

This upcoming tribute will showcase three of his most famous and endearing work – Alang Rentak Seribu (1973), Tok Perak (1974) and Going North (1980) but with a twist.

Tentang Teater Yeop: Tribute To Dato’ Syed Alwi

Tribute to National Laureate Dato’ Syed Alwi

The three works will be combined and presented in a forum theatre format where actors and audience members interact and engage with each other during the performance. Under the direction of Rosdeen Suboh, the issues raised in the original plays can be tied to current events with this format. The actors will tap into the suggestions, views, input and real life stories from the audience members.

It is hoped that by bridging the past and the present, new relevance can be brought to his work and his legacy can continue to inspire the next generation.

Tentang Teater Yeop: Tribute To Dato’ Syed Alwi

SHOW DETAILS

Title Teater YEOP: Tribute to Dato’ Syed Alwi

Presenter TAMPAKDARA Enterprise & The Actors Studio Seni Teater Rakyat (supported by klpca)

Synopsis To honour the late National Laureate Dato’ Syed Alwi Syed Hassan and his contribution to the development of Malaysian theatre, Tampakdara and The Actors Studio Seni Teater Rakyat will be presenting Teater YEOP: Tribute to Dato’ Syed Alwi. This upcoming tribute will showcase three of his most famous and endearing works – Alang Rentak Seribu (1973), Tok Perak (1974) and Going North (1980) but with a twist. Under the direction of Dr. Rosdeen Suboh, it will be presented in a forum theatre format where actors and audience members interact and engage with each other during the performance.

Creative Team Production Manager: Aris Othman
Director: Dr. Rosdeen Suboh
Scenographer: Yusman Mokhtar
Technical: Mohd Nurul Hazirin
Stage Manager: Khai Sabri
Executive Producer: Dato’ Dr. Faridah Merican
Artistic Director: Joe Hasham OAM
Cast Dr. Rosdeen Suboh, Amar Asyraf, Naque Ariffin, Taiyuddin Bakar, Yusmar Affendi, Farah Azleenda Abdul Aziz & Dr. Norzizi Zulkifli
Dates/Times 27 – 29 Dec @ 8.30pm; 30 Dec @ 3pm
Venue Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac)
Sentul Park, Jalan Strachan
Off Jalan Sultan Azlan Shah
51100 Kuala Lumpur
Tickets RM60 / RM50 (students, disabled, senior citizens & TAS Card member)
Promotion: Buy 10 and get 1 free for school bookings – for concession price RM50
Box Office Call 03 4047 9000 (klpac)
Walk in to klpac box office
Buy online via www.proticket.com.my
Website www.klpac.org

Dato’ Syed Alwi

Dato’ Syed Alwi bersekolah di Sekolah Melayu Pondok Tanjung dan Sekolah Taiping. Seterusnya belajar di University of Minnessota, Amerika Syarikat dalam bidang teater dan kewartawanan serta merupakan anak Melayu pertama yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang teater. Dato’ Syed Alwi menerima Hadiah Pelajaran Tabung John D. Rockefeller III untuk mengkaji perkembangan teater dan filem semasa di Amerika antara April dan Jun 1980. Dato’ Syed Alwi pernah bertugas dengan RTM, TV3 dan NTV7 sebagai pengurus, penerbit, pelakon, penulis dan pengarah selain pernah bertugas dengan Filem Negara, Panggung Negara, Akademi Seni Warisan dan Budaya, Universiti Malaya dan Pejabat Penerangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dato’ Syed Alwi adalah pengasas Kumpulan Teater Seni Malaya (Malayan Art Theater Group) pada tahun 1951, yang kemudian bertukar menjadi Malaysian Art Theater Group. Dua drama berbahasa Inggeris “I Remember The Rest House” (1992) dan “Member of The Club” (1994) menerima pelbagai pujian. Beliau pernah mengarah dan berlakon dalam beberapa pementasan teater terkenal antaranya Midsummer Nights (Starveling), Androcles and the Lion (Slave) dan Henry V (Duke of Bedford) sehingga 1953. Kerajaan Malaysia memberi Anugerah Seni Negara pada 19 September 2002, iaitu satu penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni negara.
Dato’ Syed Alwi dianggap sebagai tokoh terkemuka yang mengangkat martabat teater tanah air daripada corak purbawara dan bangsawan kepada corak yang lebih bersifat kontemporari. Syed Alwi terkenal kerana teater dua zamannya iaitu zaman penjajahan serta zaman kemerdekaan dan banyak menghasilkan karya yang mantap dan mempunyai impak khususnya dalam memperkatakan isu-isu berhubung bangsa Melayu.

Ringkasan Cerita

Alang Rentak Seribu : Satu rombongan Filem Negara akan mengadakan penggambaran filem dokumentari mengenai kehidupan masyarakat kampung di kampung si Alang. Untuk melaksanakan kerja, Alang dilantik menjadi penolong pengarah. Alang diminta mencarikan heroin filem ini dari kalangan gadis kampung itu, lalu Alang memilih Mazni tanpa meminta kebenaran daripada ayah Mazni, Pak Halim. Penggambaran filem dimulakan dengan Mazni dipasangkan dengan Zulkifly Iskandar, pelakon dari kota. Ketika penggambaran berlangsung, Pak Halim balik dan mengamuk apabila melihat anaknya berlakon. Alang memujuk Pak Halim sehinggalah Pak Halim faham dan bersetuju Mazni berlakon. Ketika penggambaran hendak disambung, Mokhtar pula membawa cerita bahawa Zulkifly cuba merosakkan Mazni. Sekali lagi Pak Halim mengamuk dan kali ini langsung tidak membenarkan Mazni berlakon. Manakala para krew filem pula diserang oleh Pak Mokhtar dan rakan-rakannya kerana mengambil gambar di kawasan kampung itu. Kerja filem terpaksa dihentikan dan pengarah mengambil keputusan supaya rombongan itu balik sahaja ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, kedatangan Cikgu Mahazan telah mengubah keputusan itu. Apabila mendengar segala masalah yang timbul, Cikgu Mahazan memberikan satu idea yang bernas, yang menghidupkan semula semangat mereka menyambung penggambaran. Sewaktu idea baru ini dilaksanakan, satu masalah lebih besar tercetus, yang akhirnya menimbulkan kekecohan besar kepada semua yang terbabit. Apakah masalah yang timbul? Dapatkah mereka mengatasinya dan selesaikan penggambaran filem di kampung itu ?

Menuju Utara : Menuju Utara membawa para penonton kembali ke zaman kebangkitan komunis pada tahun 1949 di Tanah Melayu. Berlatarbelakangkan sebuah stesen keretapi, Menuju Utara mengisahkan seorang graduan yang di dalam perjalanan pulang ke kampungnya. Ketika menunggu kedatangan kereta api, dia bersua dengan seorang lelaki tua. Lelaki tua tersebut menceritakan permasalahannya dengan anak perempuannya kepada graduan tersebut. Lantas, perbualan di antara graduan dengan lelaki tua itu berkisarkan realiti akan perbedaan pemikiran di antara dua generasi. Namun dengan kebijakasaan pemikiran generasi tua itu, graduan tersebut terikut-ikut akan dengan rentak pemikirannya. Ternyata pertembungan generasi merupakan salah satu titik pergolakkan kisah Menuju Utara. Selain daripada itu, babak yang melibatkan pertemuan anak perempuan lelaki tua bersama graduan itu turut melihatkan kesinambungan segenerasi serta bagaimana mereka mengatasi pergolakkan seharian.

Tok Perak : Mengisahkan tentang seorang penjual ubat, Tok Perak yang muncul semula selepas 34 tahun hilang di dunia terbuka, katanya kerana ingin mencebur diri dalam negara yang tentu lebih matang dan makmur setelah lima puluh tahun merdeka dan ingin membuka langkah baru menjaja hikmat dan nikmat zahir batin kepada manusia abad 21. Seperti biasanya, Tok Perak berjaja dari tempat ke tempat di seluruh negara, dan dari tempat ke tempat dia menemui berbagai perkara dan bermacam kisah yang menghalang kegiatannya, menentang tingkah lakunya, membantah kata-katanya hingga dia ditangkap dan dihukum “kerana mengacau dan mengganggu ketenteraman awam”. Tok Perak pergi ke sebuah taman di pinggir kota memikirkan kejadian terhadapnya. Dia berjumpa dengan seorang pelakon bekerja sebagai tukang kebun kerana tiada tempat dia boleh berlakon tetap. Sambil mereka berbual suasana bergolak membawa ribut. Tok Perak dan pelakon pergi berlindung di pondik tukang kebun sambil awan-awan berpusing-pusing, pokok-pokok tercabut dan segala binaan dan bangunan bergoncang. Redanya ribut Tok Perak dan pelakon keluar beredar ke sana ke mari melihat kesan ribut melanda. Yang paling hebat – beberapa bangunan dan binaan runtuh dan banyak kaum kerabat tercampak keluar dari tempat kediaman dan tapak amalan biasa. Tok Perak berkata kepada pelakon, “Diharap ribut memberi peluang keadaan dan kaedah lama diganti dengan pembawa baru supaya kita dapat berkhidmat sempurna”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OUR SANRIO TIMES Dilanjutkan Hingga Februari 2019

Airbnb Melancarkan Airbnb Plus di Kuala Lumpur