in

OUR SANRIO TIMES Dilanjutkan Hingga Februari 2019

Pameran OUR SANRIO TIMES Dilanjutkan Hingga Februari 2019 Percutian Indah Bersama Hello Kitty Dan Rakan-Rakan Sanrio Baucer Dan Cookies Percuma Dengan Pembelian Empat Keping Tiket.

Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, disokong oleh TOURISM MALAYSIA, Hello Kitty dan rakan-rakan kini di Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur!

Our Sanrio Times Dilanjutkan Hingga Februari 2019

Atas permintaan ramai dan mendapat sokongan baik daripada masyarakat, pihak penganjur berbesar hati untuk melanjutkan tempoh pameran Our Sanrio Times sehingga 17 Februari 2019. Pameran Our Sanrio Times merupakan tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga ketika cuti Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina.

Pameran dibuka untuk orang ramai bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam. Jangan lupa dapatkan tiket anda di www.ticketcharge.com.my atau di kaunter tiket di pintu masuk dewan. Pada mereka yang sudah membeli tiket, tempoh tiket boleh diguna sehingga 17 Februari 2019.

Bersempena musim perayaan ini, pihak penganjur berbesar hati menawarkan promosi khas kepada para pengunjung. Jika anda membeli empat keping tiket untuk melihat pameran tersebut, anda layak menerima baucer bernilai RM5 dan dua biji cookies yang tertera wajah karakter Sanrio secara PERCUMA.

Our Sanrio Times Dilanjutkan Hingga Februari 2019

Promosi ini bermula 21 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019 sahaja.

Sementara itu, jangan lepaskan peluang untuk memiliki kemeja-T ‘Nerdunit byyou’ edisi terhad yang dibuat khas di pameran tersebut. Pengunjung boleh menulis nama sendiri dan memilih nombor serta karakter Sanrio kegemaran untuk diletakkan pada kemeja-T berkenaan.

Selain menempah kemeja-T untuk diri sendiri anda juga boleh memiliki kemeja-T berpasangan dengan insan tercinta dan layak menyertai pertandingan ‘Nerdunit byyou Couple T-Shirt Photo Contest.

Our Sanrio Times Dilanjutkan Hingga Februari 2019

Untuk menyertai pertandingan tersebut, anda perlu ambil foto bersama pasangan, kemudian muat naik dalam Facebook peribadi dan jangan lupa tag tiga orang rakan anda.

Kemudian hantarkan link tersebut ke e-mel [email protected] sebelum pukul 6 petang, 24 Februari 2019. Lima pasangan bertuah akan dipilih dan pengumuman pemenang akan diberitahu pada awal Mac 2019.

Sempena musim perayaan ini jom kita bersama-sama keluarga dan rakan-rakan memeriahkan pameran Our Sanrio Times yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.

Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.

Our Sanrio Times Dilanjutkan Hingga Februari 2019

13 Zon Kenangan dengan 4 Sorotan Istimewa

Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia.

Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.

Dengan sokongan Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang jarang ditemui kini dipamerkan di pameran ini.

Our Sanrio Times Dilanjutkan Hingga Februari 2019

Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal.

Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka. Ini menjadi medan pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing.

Selain semua itu, pengunjung berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong.

Pameran ini membawa pengunjung dalam sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun; ‘Paper Doll Fun’ mengingatkan masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung.

‘Vintage Stationary House’ pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala ‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News.

Di ‘Strawberry Office’, anda boleh menjumpai banyak rahsia Strawberry King. Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah Strawberry News di Strawberry Studio! Dianjurkan di ibu negara Malaysia, pemandangan ikonik Kuala Lumpur juga dipaparkan pada pameran ini bagi menonjolkan sentuhan tempatan. Untuk butiran lebih lanjut mengenai zon pameran.

Our Sanrio Times Dilanjutkan Hingga Februari 2019

Maklumat pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur:

Tarikh: 24-11-2018 to 17-2-2019
Masa: 11am to 9pm
Tempat: Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur : www.oursanriotimes.my
Laman web rasmi Facebook : Our Sanrio Times Malaysia
Instagram: oursanriotimes.malaysia
Laman web pembelian tiket Hotline: www.ticketcharge.com.my
Kategori Tiket: +603 9222 8811

: – Warganegara Malaysia: RM33

– Tiket istimewa untuk orang kurang upaya (OKU), warga emas, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar: RM20

– Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60

– Korporat: RM28

*Tiket juga boleh dibeli di kaunter yang disediakan di pintu masuk pameran.

**Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran
untuk kemasukan.

***Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Terdapat Zon Permainan di ruang pameran menampilkan lima permainan menyeronokkan: Finding Ribbon, Feed ‘D’ Fish, Let Me Roll, Shark Hunting dan Rolling Stone, pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik.

Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur mendapat lesen daripada SANRIO, dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, disokong oleh TOURISM MALAYSIA dengan QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR sebagai Lokasi Rasmi, REDBERRY MEDIA GROUP dan NEWAY & CEO KARAOKE BOX sebagai Rakan Promosi.

Our Sanrio Times Dilanjutkan Hingga Februari 2019

Mengenai SANRIO

Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia – Sanrio, diasaskan dengan falsafah “Hadiah Kecil, Senyuman Besar” yang mana hadiah kecil boleh membawa senyuman besar untuk semua peringkat umur, telah mencipta senyuman selama lebih 50 tahun melalui watak-watak yang memikatnya. Sanrio sudah berada di lebih 109 negara menerusi barangan berjenama Sanrio dan mencatat jualan lebih 50,000 untuk Hello Kitty sahaja di seluruh dunia pada setiap tahun. Sanrio terus menyebarkan senyuman besar dengan hadiah kecil di seluruh negara melalui jaringan luas butik Sanrio, kedai rantaian, kedai serbaneka dan banyak lagi.

Our Sanrio Times

Pintu masuk ini menampilkan gaya penuh berwarna-warni Sanrio yang jelas menggambarkan tema utama pameran “Our Sanrio Times” dan secara rasmi membuka tirai perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan. Dari generasi mana pun anda, selalu ada masa Sanrio untuk anda.

Sanrio Time Tunnel

Sebanyak 100 ahli keluarga Sanrio yang dicipta dari tahun 1970-an sehingga kini digambarkan dengan jelas. Melalui Sanrio Time Tunnel, pencinta Sanrio boleh membuka kunci kenangan mereka yang unik.

The Retro Classic

Replika dompet syiling Hello Kitty, barangan pertama dicipta Sanrio dan julung kali dipamerkan di Malaysia. Peminat generasi pertama Sanrio pasti teruja dan berasa seronok di zon ini.

The Plushy World

Menampilkan patung Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter bersama-sama lebih 2,000 boneka mewah terdiri daripada 100 watak rakan Sanrio.

Paper Doll Fun

Pelbagai jenis anak patung kertas gergasi membuat pengunjung mengenang zaman kanak-kanak yang meriangkan dengan kawan- kawan. Semua orang boleh mencampur dan memadankan gaya Kiki dan Lala dengan almari kertas yang hebat.

Vintage Stationery House

Zaman persekolahan pastinya menjadi tempoh penting dalam kenangan kita membesar dan pastinya semua orang memiliki barangan Sanrio ketika sekolah. Di zon ini, terdapat pelbagai barangan alat tulis klasik Sanrio dari 1970-an atau 1980-an yang pasti mengamit memori pengunjung.

Drawing Classroom

Pereka Sanrio dijemput untuk terlibat dalam pameran ini dan mereka menyediakan demonstrasi lakaran untuk 9 watak utama Sanrio. Dalam kelas ini, kita semua dapat menyaksikan bagaimana watak Sanrio yang comel dilukis dari awal satu persatu. Mari belajar bagaimana untuk melukis watak kegemaran anda.

Small Gift Big Smile

Pernahkah anda mendapat kejutan dan meraih kepuasan dengan hadiah kecil ketika berbelanja di Sanrio Gift Gate? Untuk menonjolkan falsafah “Hadiah Kecil Senyuman Besar” dari Sanrio, anda boleh berkongsi kebahagiaan dengan sahabat tersayang melalui hadiah kecil dari Sanrio.

Sanrio Village

Di sinilah tumpuan utama pameran ini. Terdapat klasik Sanrio Train dengan reka bentuk yang dicipta sama seperti Sanrio Gift Gate of Gotanda, Tokyo pada tahun 1970-an.

100 ahli keluarga Sanrio muncul di kampung ini, contohnya, Patty & Jimmy dan Minna no Tabo yang menanti kedatangan anda di atas kereta api. Mari cari semua watak Sanrio kegemaran anda di sana!

Di samping itu, Sanrio Gift Gate yang unik dan nostalgia ini mempunyai banyak khazanah.

Strawberry Newsroom

Strawberry News diterbitkan oleh Sanrio Japan sejak Oktober 1974 yang merupakan majalah bulanan global untuk berkongsi maklumat terkini mengenai Sanrio.

Sebaik sahaja melangkah masuk dan melawat ‘Strawberry Newsroom’, anda boleh membaca edisi Strawberry News yang terdahulu di sini!

Strawberry Office

Menjadi perintis dan jiwa kepada Sanrio, Strawberry Office mungkin menyembunyikan banyak rahsia Sanrio! Bagaimana anda tidak mengetahuinya?

Strawberry Studio

Gerai foto yang mempesona ini akan menjadikan anda penghias kulit majalah Strawberry News!

Sanrio Melawat Malaysia

Memandangkan ini kali pertama Sanrio mengadakan pameran di Malaysia, menjadi satu kemestian untuk menonjolkan kepelbagaian budaya di Malaysia sebagai latarnya. Pastinya satu kerugian jika anda terlepas peluang melihat karakter- karakter Sanrio beraksi di tempat tarikan popular di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Tersirat dalam Telemovie MENITI TAKDIR

Tentang Teater YEOP: Tribute to Dato’ Syed Alwi