in ,

Tentang Filem Kau Pilih Siapa? Temubual Bersama Pengarah Filem Saifullah

Semalam (6/6) AT Movies telah melancarkan filem keluaran mereka yang terbaru berjudul “Kau Pilih Siapa”.

Filem arahan sulung pengarah Saifullah Khaisas yang merupakan anak didik pengarah terkenal Allahyarham Mamat Khalid itu ini bergenre komedi santai.

Filem ini juga diarahkan oleh pengarah yang berpengalaman luas iaitu Dato’ Athy di mana sebelum ini beliau pernah menghasilkan 4 buah filem dan sebuah ‘Telemovie’ yang telah menarik perhatian ramai penonton.

Barisan pelakon sama-sama hadir memberi sokongan pada majllis yang berlangsung di MBO, Atria Mall ini antaranya Syed Mohamad Asri atau Usop Wilcha, D’Boy Hamdan dan ramai lagi.

Majlis Pelancaran filem ‘Kau Pilih Siapa’ telah diserikan dengan kehadiran Dr, Ahmad Ibrahim; Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Dato’ Zulkeflie M. Osman; Timbalan Presiden FDAM, Encik Zamin Fakri; Presiden Inisiatif Seni Kreatif, Encik Zahrin Haji Aris; Setiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Fielm Malaysia, Merangkap CEO Permodalan Penerbit Filem Malaysia Sdn. Bhd serta para media.

KAU PILIH SIAPA?  berkisarkan tentang seorang ketua keluarga bernama Pian C (Usop Wilcha), yang terpaksa berjauhan meninggalkan keluarganya di kampung demi menyara kehidupan. Pada suatu hari dia terpaksa pulang ke kampung selepas khabar berita bapa angkatnya Pak Kassim iaitu seorang wakil rakyat telah meninggal dunia.

Sebelum meninggal dunia, Pak Kassim meninggalkan wasiat di mana dia mahu Pian C menjadi calon Wakil Rakyat untuk menggantinya. Kemudian penduduk kampung meletakkan harapan yang tinggi untuk Pian C diangkat menjadi wakil rakyat. 

Pelbagai ujian dan dugaan yang melanda selepas Pian C pulang kampung, Apakah yang terjadi kepada Pian C seterusnya?

Filem yang diklasifikasikan sebagai filem ‘STRESS BUSTER’ ini bakal membawa harapan kejayaan filem yang berkonsepkan komedi santai. Filem ini akan ditayangkan pada 8 Jun di pawagam yang berdekatan di seluruh Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

APPLE VISION PRO

Apple Perkenal Apple Vision Pro di WWDC 2023, Harga dari RM16,000

XOX & ONEXOX Lancar Pek Pascabayar ONEXOX VMR3 MySISWA