in , ,

Tentang Drama Samarinda MISTERI MONA di TV3 Lakonan Janna Nick, Redza Rosli

Sepertimana kita mengenali Janna Nick, anak kedua daripada empat beradik, mempunyai seorang abang dan dua orang adik perempuan. Namun, apa yang kita tidak pernah tahu adalah Janna Nick pernah mempunyai seorang kakak bernama Mona suatu ketika dahulu.

Kehilangan kakak kesayangannya itu terlalu berat untuk Janna tanggung sehingga Janna kemurungan. Kini, Janna bakal menceritakan kisah hidup fiksyennya itu dalam drama lakonannya, Misteri Mona bermula 10 Disember 2020.

Drama Samarinda: Misteri Mona lapan episod ini ditulis oleh Nasir Khalil dan Amor Rizan, juga diarahkan oleh Amor Rizan dibawah penerbitan Aquila Emas Sdn Bhd. Drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Janna Nick, Redza Rosli, Elisya Sandha, Ruzana Ibrahim, Zizan Nin, Zarynn Min, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, dan ramai lagi.

DRAMA MISTERI MONA

Janna Nick Pernah Sakit Kerana Kehilangan Kakak Diwaktu Kecil?

Samarinda: Misteri Mona ini mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian. Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”

Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya? Dapatkan jawapan persoalan-persoalan ini dalam drama Samarinda: Misteri Mona setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 10 Disember 2020 pukul 10 malam di TV3.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai drama terkini TV3 di xtra.com.my serta laman media sosial Instagram, Twitter dan Facebook TV3 Malaysia dan Drama Sangat.

DRAMA MISTERI MONA
DRAMA MISTERI MONA
DRAMA MISTERI MONA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Umum AirPods Max: Fon Kepala Wayarles dengan Digital Crown, ANC Berharga RM2,399

Kisah Terhangat Dalam Dunia Hiburan Malaysia Sepanjang 2020