in , ,

Apple Umum AirPods Max: Fon Kepala Wayarles dengan Digital Crown, ANC Berharga RM2,399

Terkini, Apple telah mengumunkan kehadiran fon kepala wayarles terbaru, AirPods Max yang bakal dijual di pasaran Malaysia dalam waktu terdekat pada harga RM2,399.

Apple kini secara rasmi mengumumkan AirPods Max, iaitu fon telinga tanpa wayar pertama di bawah jenama Apple dengan rekaan over-ear. AirPods Max dikuasakan cip Apple H1 untuk setiap cup. Fon kepala ini dilengkapi ciri seperti Adaptive EQ, pembatalan hingar aktif, mod Transparency, dan Spatial Audio.

 Untuk pengetahuan anda, fon kepala wayarles ini adalah fon kepala pertama yang menggunakan nama Apple secara terus, berbanding dengan Beats. AirPods Max didatangkan dengan pemacu dinamik 40mm rekaan Apple. Ia hadir dengan ciri Digital Crown untuk kawalan bunyi, menjawab dan mematikan panggilan serta sebagainya. Terdapat juga butang kawalan untuk mengaktifkan pembatalan hingar.

Apple Umum AirPods Max: Fon Kepala Wayarles dengan Digital Crown, ANC Berharga RM2,399

AirPods Max menawarkan beberapa ciri premium untuk sepasang fon kepala wayarles seperti audio fideliti tinggi, pembatalan hingar aktif (ANC), Adaptive EQ, Transparency Mode dan banyak lagi. Lebih menarik, fon kepala ini dilengkapi Digital Crown untuk mengawal beberapa pilihan menu seperti tahap kelantangan bunyi, main/jeda muzik, menjawab panggilan dan mengaktifkan pembantu suara Siri.

Apple Umum AirPods Max: Fon Kepala Wayarles dengan Digital Crown, ANC Berharga RM2,399

Dari segi bateri, AirPods Max mempunyai ketahanan sehingga 20 jam bagi satu pengecasan penuh dengan pembatalan hingar atau mod Transparency diaktifkan. Menurut Apple, pengecasan selama 5 minit mampu memberikan 1.5 jam penggunaan. Sementara itu, pengecasan pula boleh dilakukan melalui kabel Lightning.

Apple Umum AirPods Max: Fon Kepala Wayarles dengan Digital Crown, ANC Berharga RM2,399

AirPods Max turut hadir dengan Smart Case dalam kotak pembelian. Antara lainnya adalah sokongan Bluetooth 5.0 serta boleh digunakan bersama iPhone 6s dan terbaru, Apple Watch, MacBook Air, MacBook Pro, iPad Air, iPad Pro dan lain-lain.

Ciri tambahan lain termasuk peralihan padanan secara automatik, perkongsian audio dan keupayaan Siri.

Rekaan AirPods Max kelihatan menarik dengan litupan jenis jejaring kait (breathable knit mesh) bersama cekak kepala tahan karat. AirPods Max menampilkan pemacu dinamik 40mm yang mampu memberi kualiti audio yang tinggi. Setiap belah fon kepala pula dilengkapi cip Apple H1. Ketahanan baterinya dilapor mampu bertahan sehingga 20 jam walaupun dengan ANC dan Spatial Audio diaktifkan.

Apple Umum AirPods Max: Fon Kepala Wayarles dengan Digital Crown, ANC Berharga RM2,399

Di Malaysia, AirPods Max ditawarkan pada harga RM2399

AirPods Max hadir bersama bekasnya; Smart Case dan kabel Lightning ke USB-C di dalam kotak. Ia ditawarkan dengan harga RM2,399 dan tampil dengan pilihan warna; Space Gray, Silver, Sky Blue, Green dan Pink. 

Namun, tarikh mula dijual di pasaran Malaysia akan dimaklumkan kembali dalam waktu yang terdekat. Anda boleh kunjungi laman rasmi Apple Malaysia untuk maklumat lanjut.

Apple Umum AirPods Max: Fon Kepala Wayarles dengan Digital Crown, ANC Berharga RM2,399
AirPods Max turut hadir dengan Smart Case dalam kotak pembelian.
Airpods Max

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan di Gegar Vaganza Sering Dikritik, Noraniza Idris Mahu Bersemuka dengan Michael Ang

Tentang Drama Samarinda MISTERI MONA di TV3 Lakonan Janna Nick, Redza Rosli