in

Tengok Wayang FREE di Open House TGV Cinemas Jaya Shopping Centre

Pada hari Selasa lepas, tanggal 17 Februari, TGV Cinemas telah mengadakan Rumah Terbuka aka Open House di TGV cawangan terbaru di Jaya Shopping Centre, Tingkat 5. Maka, ramailah moviegoers termasuk Budiey datang untuk menonton filem percuma. Tapi bukanlah filem baru yang disajikan… filem lama. Itu tak penting bagi kami, yang penting ialah dapat merasmikan pawagam terbaru TGV kat sana. Pendek kata, memang puas hati lah sebab dapat jadi orang pertama melabuhkan punggung di kerusi empuk TGV.

Bukan itu sahaja, sebanyak 1000 popcorn dan drinks disediakan secara percuma untuk semua pengunjung yang hadir.

Khabarnya, ramai sekali yang datang berpusu-pusu untuk menonton filem blockbuster pada hari Selasa lepas. Dalam empat filem yang ditayangkan tu, rata-rata memilih filem GUARDIANS OF THE GALAXY. Perghhh, teringat kenangan manis masa menemubual pelakon Zoe Saldana kat Singapura tahun lepas.

Terima kasih TGV atas jemputan.

Rasa nak pergi lah tengok wayang kat sana. Filem apa yang best sekarang ni ek?

TGV Cinemas Jaya Shopping Centre Open House

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Commemorates Malaysian Chairmanship of ASEAN

Sinopsis Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh