in ,

Temui Tasha Shila di The Hilss Kuching Hari Ini

Pelakon wanita gojes yang pernah muncul dalam siri Sahara, Gemilang dan Ramadan Terakhir makin lama makin gempak. Kat bawah ni, ada beberapa gambar Tasha Shila semasa shooting bersama Budiey tempohari.

Mana-mana dia pergi, pasti ada yang memanggil nama Tina, Cikgu Rohana atau Sakinah. Menunjukkan nama Tasha Shila makin meniti bibir peminat. Kalau tak, pastinya takdelah nama beliau sebagai calon Anugerah Bintang Popular yang akan umum pemenang pada 8 April nanti.

Pada hari ini, iaitu 11 Mac, Budiey akan terbang bersama Tasha Shila ke Kuching untuk sama-sama memeriahkan sesi bertemu peminat anjuran Lors Tailor kat sana. Jadi, kepada pembaca yang tinggal di Kuching, jom datang kat The Hills Shopping Centre untuk bertemu dengan artis popular yang lain seperti Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Nur Fathia, Hazama, Azrel & VIP.

Akui Tasha keterujaannya terhadap karier yang diceburi semakin tinggi apabila berpeluang membawa pelbagai watak. Bagaikan irama yang disusun indah apabila berselang-seli watak protagonis dan antagonis hadir dalam genggaman sekali gus memberi ruang kepadanya meneroka banyak sisi lakonan.

Melalui watak yang dijayakan juga, Tasha banyak belajar apa itu erti kehidupan. Dengan menyelami karakter juga dapat membentuk keperibadian menjadi insan lebih baik daripada semalam.

Segala kebaikan daripada watak yang dibawa dijadikan panduan dalam mengemudi hari-hari mendatang bahkan ia disifatkan sebagai satu dakwah apabila sedikit sebanyak mampu mengubah persepsi dan perlakuannya.

Tidak dinafikan saingan semasa cukup sengit apabila teman seangkatan rata-ratanya berbakat dan memiliki pakej yang dituntut industri. Anak jati kota metropolitan Kuala Lumpur ini melihatnya sebagai perkara positif malah tidak sedikitpun dirinya gentar berdepan dengan saingan yang ada.

Apa yang penting adalah memberikan persembahan terbaik dan terus mencari kelainan agar diri tidak tenggelam dengan kemunculan bakat baru yang tumbuh bagaikan cendawan.

Selain pengalaman, Tasha Shila banyak belajar menerusi pemerhatian di lokasi dan tunjuk ajar pelakon senior. Paling banyak mendidiknya adalah aktor dan pengarah, Sofi Jikan. Ketika menjayakan telefilem Mencari Janah dan Ku Yakin arahannya, dia ajar cara-cara menjiwai watak.

“Harap-harap ada yang sudi menawarkan peluang beraksi di pentas teater kepada saya. Insya-Allah saya tidak akan sia-siakan kepercayaan yang diberikan,” katanya.

Jangan lupa untuk mengundi Tasha Shila dalam ABPBH2011

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Noodles & Rice Galore

Nur Fathia Redha Dituduh Sombong & Tidak Berdisiplin