in , ,

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Wings #WingsRockestra2013

[dropcap]P[/dropcap]ada hari Ahad yang lalu, Budiey terpanggil untuk menemubual sebuah kumpulan rock terkenal, Wings yang kini sedang sibuk berlatih untuk menjayakan Konsert Rockestra 2013 di Panggung Sari, Istana Budaya pada 26 hingga 30 April depan. Masa yang ada dah tak lama, Budiey kira tinggal sebulan lebih je lagi untuk Wings buat persiapan lengkap bersama sekumpulan pemuzik Orkestra.

Wings

Selama 27 tahun bertapak dalam industri muzik rock tanahair, konsert ini bukannya kali pertama, bahkan Wings pernah mengegarkan Panggung Sari pada tahun 2011 dan Budiey masih ingat lagi, Budiey pernah menemubual Joe Wings tentang persiapan Wings di Konsert Opera Hidup di studio milik Joe. Bezanya, kali ini konsert ini dijayakan sepenuhnya oleh grup Wings bersama 43 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dengan penampilan khas seorang pemuzik otai bertaraf legenda dari Indonesia. Nak tahu siapa dia rockers ni, kenalah tunggu pada 26 Mac ini di mana satu sidang media akan dilangsungkan bagi mengumumkan kolaborasi dan gimik khas nanti.

KLIK VIDEO: Promo Youtube Channel Budiey Dot Com dari Wings 

Dari imej rambut panjang, seluar jeans lusuh koyak, jaket kulit dan imej rock kni Wings selesa untuk bertukar imej ke arah yang lebih elegan dan smart kemas dengan mengenakan sut atau tuksedo. Maklumlah pentas Istana Budaya memang ada pantang larangnya dan peminat Wings yang hadir bukan calang-calang kerana mereka sanggup menempuh segala pantang larang di IB iaitu dengan tidak menjerit semasa lagu dinyanyikan dan tak boleh mengenakan seluar koyak rabak.

KLIK VIDEO: Temubual Eksklusif Bersama Wings #WingsRockestra2013 Part 2 

Kepada peminat Wings yang nak datang ke konsert ini, Budiey nasihatkan agar korang beli tiket lebih awal supaya taklah nanti bila dah nak sampai tarikh baru nak beli sebab apa yang Budiey dengar, tiket mendapat sambutan.

Konsert anjuran Anggerik Event Sdn Bhd ini akan berdurasi selama 2 jam 30 minit dan penonton akan dihidangkan dengan lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikan di Istana Budaya sebelum ini. Selain tiga buah lagu wajib iaitu Sejati, Taman Rashidah Utama dan lagu Opera Hidup, anda yang datang dianggap mendapat eksklusiviti kerana konsert ini tidak akan ditayangkan di mana-mana stesen TV atau dirakam untuk diabadikan dalam DVD.

Dapatkan tiket segera dengan melayari: www.ticket2u.biz

Gambar Wings kredit dari: Sayap Wings

Wings

Wings

Wings

Awie

Wings

Eddie

Wings

Joe

Wings

Black

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Trailer Filem Vikingdom The Blood Eclipse Dilancarkan di Youtube

Samsung DV150F Now Enhanced with SMART Camera 2.0 Technology