Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Temubual Eksklusif Bersama Mona Allen Pelakon Drama HATI YANG DIKHIANATI

Karya ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia ini diarahkan oleh sutradara Riza Baharuddin serta turut menampilkan barisan penulis skrip yang diketuai oleh Eenaz Mokhtar.

Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri ini termasuklah Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Che Puan Syamim Farid, Afifah Nasir, Arena Iman, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam- Noor serta ramai lagi. Tampil dengan format berbeza berbanding sebarang karya adaptasi yang pernah diterbitkan sebelum ini di platform Astro, buat julung kalinya struktur naratif penceritaan dan pembinaan watak naskhah ini bakal ditentukan berdasarkan konsep model interaktif terbuka atau ‘open-ended’ yang dipengaruhi oleh maklum balas audiens dan rekod jumlah tontonan dari semasa ke semasa. Jumlah keseluruhan episod untuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton. 

Drama ‘Hati Yang Dikhianati’ bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 12 April 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. 

MONA ALLEN yang melakonkan watak Maria 

1.Pengalaman bekerja bersama pengarah untuk drama ini.

Pengalaman bekerja dengan abang Riza, sangat senang kerana dia sebelum ini adalah seorang cameraman, jadi dari cameraman ke pengarah dan dia tahu shot mana nak ambil dan direct, memudahkan pelakon dan menjimatkan masa. Dia senang terima idea. 

2.Dari segi keseronokan membawakan watak utama dalam drama Hati Yang Dikhianati. Serta kongsikan cabaran membawakan watak yang sudah antagonis yang cukup terkenal di mata khalayak.

Pada mulanya bila Mona dilamar oleh pihak Global Station unituk melakonkan watak Margarita/Maria, saya terkejut dan excited untuk menerima watak itu, untuk sesiapa yang sudah pernah menonton Mis Tres Hermanas akan tahu yang watak ini sangat mencabar. Mona tak copy 100% watak Margarita, malah membuat sedikit kelainan, dengan membawa unsur kemelayuan  tapi at the same time tak nak lari dari watak sebenar Margarita sebab  kita tak nak peminat cerita ni rasa cerita ni tak sampai, sebab itulah cabarannya  sangat berat.

3. Harapan untuk drama ini.

Harapan untuk Hati Yang Dikhianati adalah untuk  semua  penonton menerima cerita ini dan semoga terhibur menonton Hati Yang Dikhianati.

4. Margarita/ Maria  di kaca mata Mona 

Dari kacamata Mona, dia seorang yang berkeyakinan tinggi, bercita cita tinggi dan sangat seksi, dia mahukan apa yang dia mahu, akan dapatkan apa yang dia mahu, tapi dia ada soft side yang penonton tak  tahu, sebab itu kena menonton watak Margarita/Maria dari awal sampai akhir untuk tahu.

5. Dikritik oleh netizen kerana penampilan yg dikatakan seksi dalam hati yang dikhianati, apa komen Mona?

Mona aware yang Mona telah dikritik oleh netizen kerana penampilan yang dikatakan seksi dalam drama ini, komen Mona, kita sebagai peLakon perlu menjayakan watak yang diberi, kalau nak dikritik memang saya terima sebab penampilan Maria memang seksi kerana dia merupakan seorang penggoda .

6. Bagaimana membawa perbezaan dalam karakter penggoda kali ini? Dan apakah cabarannya.

Dalam drama ini, watak Maria merupakan seorang yang memerlukan saya memakai pakaian seksi dan agresif. Jadi ia memang berbeza dengan watak-watak penggoda atau antagonis yang pernah saya bawakan sebelum ini. Cabarannya ialah apabila saya perlu jaga menjaga wataK seksi tersebut, memang susah nak bawa. Saya kena berhati-hati. Kena sekatakan watak seksi dan watak menggoda, itu cabarannya.

8. Apa kata Pekin dengan watak kali ini? Mungkin ada nasihat sebagai suami atau senior actor.

Alhamdulillah, Pekin sebagai seorang yang juga pengarah, pelakon, produser, jadi dia faham dan memberikan sokongan terhadap lakonan saya . Sebagai pelakon, saya perlu bawakan watak itu dan dia sokong sahaja.

9. Boleh ceritakan tentang scene jatuh lori yang dibawakan oleh Mona dan pengalaman babak tersebut.

Scene jatuh lori sangat mencabar sebab saya perlukan melakonkan scene tersebut di tengah-tengah panas dan kena betul-betul terjun. Tiada tilam, jadi memang buat betul-betul, real. Scene itu agak membahayakan nyawa tapi masih dijaga oleh pihak krew. Dan ada juga krew yang jaga lalu lintas. Susah nak bawa adegan tersebut lerana dia merupakan adegan yang Panjang. Dan saya juga perlu bermain dengan emosi, jadi babak itu memang berat juga. 

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version