in , ,

Temubual Bersama Iedil Putra di Sesi Latihan P.Ramlee The Musical

Hari ini, dah pun 3 Oktober. Bermulanya persembahan sebuah teater muzikal yg ditunggu-tunggu di Istana Budaya, P.Ramlee The Musical. Baru-baru ini, Budiey sempat menemubual salah seorang pelakon yang mana pertama kali menyertai team produksi ini. Namanya tidaklah asing, Iedil Putra yang sebelum ini bakatnya memang dicungkil dan dilahirkan dari pentas teater sejak 9 tahun lalu.

Kalau dulu, watak Sukardi, seorang sahabat seniman P.Ramlee telah digalas oleh Chedd Yusoff. Untuk musim ketiga ini, Iedil Putra pula akan menghidupkan jalan cerita dengan watak Sukardi yang menjadi cebisan dan beliau cukup berpengaruh dalam hidup seniman lagenda P.Ramlee.

Sukardi merupakan sahabat baik P. Ramlee yang sama-sama menyertai pancaragam di Pulau Pinang sehinggalah berhijrah ke Singapura untuk menerima tawaran kerja di Studio Jalan Ampas.
Iedil berjanji mahu membuktikan kelainan dari segi lakonan dan penghayatan watak dan beliau sikit pun tidak tertekan untuk menggalas watak Sukardi kerana baginya setiap pelakon punya cara masing-masing.

Ikuti temubual Budiey bersama Iedil Putra: http://youtu.be/VaFwqeP2d2Q

Saksikan gabungan menarik ini yang akan dipentaskan pada 3 hingga 12 Oktober di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Amazing wa cakap lu!

Harga tiket bermula dari RM33 boleh didapati di kaunter IB atau secara online di www.tickethotline.com.my

15% peratus diskaun akan diberikan untuk pementasan pada tarikh cuti am Aidliadha.

Subscribe Youtube Channel Budiey.com untuk menonton video temubual eksklusif: www.youtube.com/budiey27

Break a leg dear @tiarajacquelina @tonyeusoff @arikiki @pramleemusical @iedilputra @reubenkang @iamlisasurihani @jj_on_air @istanabudaya

‪#‎PRamleeTheMusical‬ ‪#‎istanabudaya‬

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sundance Channel & Astro Lancarkan Pertandingan Filem Pendek

Ariana Grande & Ed Sheeran To Rock Glasgow At The 2014 MTV EMA