in , ,

Tempat Duduk Percuma AirAsia Kembali Dengan Tawaran Yang Lumayan

Tempat Duduk Percuma* AirAsia kini kembali dengan 5 juta tempat duduk promosi dan turut menawarkan diskaun hotel, produk tambahan dan produk bebas cukai bagi melengkapi perjalanan para tetamu.

Nikmati tambang promosi termasuk semua untuk ahli bermula dari serendah RM12* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Johor Bahru, Kota Bharu dan Penang dan dari RM36* untuk penerbangan ke Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh dan banyak lagi.

Terbang bersama AirAsia X dengan tambang serendah RM199* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Gold Coast, Osaka, Seoul, Honolulu dan lain-lain. Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka, Jeju dari hanya RM699*.

Tempat Duduk Percuma AirAsia Kembali Dengan Tawaran Yang Lumayan

Tempahan boleh dibuat di laman web airasia.com dan aplikasi mudah Alih AirAsia dari 11 Mac 2019 (0001h GMT +8) sehingga 17 Mac 2019 (2400 GMT +8) bagi tempoh perjalanan antara 1 September 2019 dan 2 Jun 2020.

Ahli AirAsia BIG dan pemegang Kad Kredit Hong Leong AirAsia boleh menikmati akses keutamaan 24 jam dari 10 Mac 2019 (0001 GMT +8). Log masuk sebagai Ahli BIG di laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk menikmati diskaun segera untuk ahli.

Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Buat kali pertama AirAsia juga akan menawarkan penjimatan yang hebat untuk produk dan perkhidmatan yang lain yang berikut sepanjang tempoh kempen promosi ini:

AirAsiaGo.com menawarkan diskaun tambahan sebanyak 5% dengan kod promosi HOTEL5 untuk hotel yang terpilih dengan tawaran hotel yang tersedia. Tetamu juga boleh menikmati penjimatan lebih apabila menempah penerbangan bersama hotel.

  • Diskaun 20% untuk semua hidangan Kombo Santan

Menu hidangan dalam pesawat  AirAsia, Santan menawarkan pelbagai jenis hidangan Asean dan antarabangsa. Diskaun tersedia untuk hidangan kombo pra-tempah untuk tempahan penerbangan baharu sahaja.

  • Diskaun 20% untuk Pilihan Tempat Duduk

Pilihan untuk duduk bersama dengan teman perjalanan anda semasa penerbangan atau pilihan Tempat Duduk Popular dengan ruang kaki tambahan dan keutamaan menaiki pesawat terlebih dahulu.

Nikmati diskaun 30% ke atas semua produk bebas cukai dan barangan AirAsia.

Guna kod promo AADEALS15 untuk menikmati diskaun bagi aktiviti menarik untuk percutian anda.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila mengikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Persis Aiman Tino Ber0nan* dalam Bilik Sama Macam Bizibody

Meriahnya Meeracle Glory Night 2018 di Le Meridien Kuala Lumpur