in

Tempat Duduk Percuma AirAsia & AirAsia X 2014

TEMPAT DUDUK PERCUMA bagi AirAsia & AirAsia X kini kembali! Nikmati tawaran menarik dengan 3 juta tempat duduk promosi tersedia dari 10 – 16 November 2014 dan bagi tempoh perjalanan dari 10 Jun 2015 – 17 Jan 2016.

AirAsia, syarikat tambang rendah terbaik dunia bagi enam tahun berturut-turut berbangga mempersembahkan satu lagi promosi Tempat Duduk Percuma*, dengan 3 juta kerusi promosi tersedia untuk penempahan segera, termasuk laluan destinasi menarik dari syarikat penerbangan jarak jauh, tambang rendah, AirAsia X.

Tempat duduk percuma tersedia bagi pelbagai destinasi domestik & antarabangsa seperti Langkawi, Yogyakarta, Krabi, Siem Reap, Kalibo (pintu masuk ke Boracay), Da Nang, Surat Thani (pintu masuk ke Koh Samui), Chengdu, Perth dan banyak lagi destinasi dari Kuala Lumpur; begitu juga destinasi lain dari hub AirAsia yang lain di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, dan Kuching.

Tempat Duduk Percuma (Tidak termasuk cukai, surcaj bahan api dan yuran lain yang tertakluk) tersedia untuk ditempah menerusi www.airasia.com dari 10 hingga 16 November 2014, bagi tempoh perjalanan dari 10 Jun 2015 – 17 Januari 2016.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata,

“Ini adalah perluang terbaik bagi para tetamu kami merancang percutian mereka tahun hadapan dengan promosi Tempat Duduk Percuma ini bagi kedua destinasi domestik dan antarabangsa bagi seluruh jaringan kami. Dengan penambahan dua syarikat penerbangan baru, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X, para tetamu kami boleh pergi lebih jauh terus dari Bnagkok & Bali; membuatkan promosi Tempat Duduk percuma kami lebih menarik bagi para tetamu kami.”

“Tambahan lagi, kami juga mempunyai senarai Fly-Thru pasangan antara bandar yang lebih baik menghubungkan para tetamu kami dengan perhubungan yang lebih lancar. Terdapat 858 Fly-Thru pasangan antara bandar di mana para tetamu AirAsia & AirAsia X boleh mengambil peluang semasa tempoh promosi Tempat Duduk Percuma ini,” – Siegtraund Teh.

Promosi Tempat Duduk Percuma boleh didapati menerusi laman www.airasia.com dan juga melalui applikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan peranti Android, dan begitu juga laman mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com. Cari AirAsia bagi setiap stor applikasi masing-masing untuk muat turun dan mula menempah!

AirAsiaGo, bahagian percutian syarikat tambang rendah terbaik dunia ini, turut menawarkan tawaran istimewa semasa tempoh promosi ini. AirAsiaGo menawarkan penjimatan sehingga 60% apabila Tempat Duduk Percuma ditempah bersama hotel. Harga bermula dari serendah RM149 bagi penerbangan dan hotel (seorang). Bagi yang mencari hotel sahaja, dapatkan dengan haraga bermula dari serendah RM59 semalam. Bagi maklumat lanjut dan bagi menempah, layari www.AirAsiaGo.com. Bagi tempoh penempahan dan perjalanan yang sama.

Sertai BIG, di bawah program kesetiaan AirAsia BIG dan dapatkan mata BIG untuk menempah penerbangan percuma bersama AirAsia! BIG Shots (ahli BIG) boleh memilih antara menebus mata BIG atau wang tunai bagi menebus penerbangan, dengan jumlah minimum hanya 500 mata BIG. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.airasiaBIG.com.

Terus kemas kini bersama AirAsia mengenai promosi terkini dan aktiviti melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tidak termasuk ciukai lapangan terbang, surcaj bahan api, dan yuran lain yang tertakluk.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alicia Keys Confirmed For Special Performance 2014 MTV EMA

U2 Returns To The MTV EMA Stage