in

Teleraya Gerak Khas 2018 di TV2 Temukan Erra Fazira dan Hisyam Hamid

Walaupun sudah bertukar ganti dengan puluhan pelakon selama bersiaran, penonton tidak pernah jemu melihatnya. Itulah dia penangan rancangan Gerak Khas yang disiarkan Rsadio Televisyen Malaysia (RTM) sejak belasan tahun yang lalu.

Hakikatnya bukan tugas yang mudah untuk mengekalkan kesetiaan penonton terus menyaksikan drama yang pada masa sama menjaga tata susila Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Tentu sahaja formula yang dibuat oleh Datuk Yusof Haslam sejak awal menjadi.

Hisyam Hamid Digandingkan Bersama Erra Fazira

Khas sempena Aidilfitri ini, RTM menyiarkan teleraya Gerak Khas 2018 bertajuk “Sarah” yang disiarkan pada 22 Jun ini, pukul 8.30 malam menerusi saluran TV2.

Istimewanya ia menampilkan gandingan pelakon Erra Fazira, Hisyam Hamid, Fiera Fendi, Dazrin Kamaruddin dan Marissa Yasmin.

Bertemakan penyiasatan dan pengorbanan Unit Gerak Khas, PDRM yang menjalankan tugas demi keamanan negara, ikuti perjalanan kisah watak utama iaitu seorang gadis bernama Sarah telah hilang semasa dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah ayahnya, Hisham. Setelah Sarah tidak muncul, Hisham menelefon bekas isterinya, Aishah bertanyakan tentang anak mereka dan diberitahu bahawa Sarah telah dihantar ke Stesen LRT.

Aishah mengadu tentang kehilangan Sarah kepada jirannya, ASP Jeslina dan diminta untuk bersabar. Selepas 24 jam Aishah telah melaporkan kehilangan Sarah kepada pihak polis.

Siasatan tentang kehilangan Sarah terus dilakukan. Insp. Sheera menemui petunjuk yang Sarah sering berhubung dengan seorang lelaki melalui pesanan ‘Facebook’ di komputer ribanya. Lelaki tersebut telah dijejaki dan dalam waktu yang sama Hisham telah menerima pesanan daripada telefon bimbit Sarah. Apabila polis berjaya mengesan lokasi penghantaran pesanan itu, Sarah sudah tiada di situ.

Hisham dan Aishah mula menyalahi antara satu sama lain yang menyebabkan kehilangan Sarah. Selanjutnya Hisham menerima panggilan menuntut wang tebusan untuk pembebasan Sarah. Berdasarkan maklumat, polis berjaya mengesan serta menangkap suspek-suspek.

Sarah selamat dan kembali kepada keluarganya. Semasa dalam tahanan Zakwan, suspek utama telah mendedahkan siapa sebenarnya dalang di sebalik penculikan Sarah.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OPPO Bawa Elfira Loy Hiburkan Kanak-Kanak Di Rumah Titian Kaseh

Dengarkan Ngauman Naga Malaysia di Hong Kong!