in

Dengarkan Ngauman Naga Malaysia di Hong Kong!

Pasukan Perahu Naga Malaysia menggamatkan suasana di Pesta Perahu Naga, Hong Kong.

Pesta Perahu Naga memeriahkan Hong Kong setiap tahun dengan langit membiru yang cerah dan perlumbaan perahu naga yang penuh betenaga. Karnival edisi ke-9 ini dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) bersama Persatuan Perahu Naga Hong Kong China (HKCDBA), akan bermula dari 22 hingga 24 Jun di Central Harbourfront dan Victoria Harbour. Dengarkan paluan gendang sambil menyaksikan puluhan perahu naga mengejar kemenangan pada karnival tiga hari ini yang menawarkan juadah istimewa tempatan, persembahan muzik dan hiburan lain.

Naga Malaysia di Hong Kong

Pasukan perahu naga Malaysia, Pacific West Dragon Boat dan Pink Challengers akan kembali ke Kota Dunia Asia untuk mewakili negara dalam perlumbaan di Karnival Perahu Naga tahun ini. Pacific West Dragon Boat yang tidak asing dengan pertandingan antarabangsa, telah memenangi tempat pertama ketika menyertai pertandingan ini buat pertama kalinya pada tahun 2006 yang lalu.

“Hong Kong telah menjadi tuan rumah kepada pasukan kami selama bertahun-tahun, dan kami berbesar hati kerana diberi peluang untuk kembali bersaing di bandar yang menakjubkan ini. Sejak kemenangan terakhir kami, ini akan menjadi pengalaman yang bagus bagi ahli pasukan terbaru kami; dan kami berharap mampu mengibarkan bendera Malaysia sekali lagi,” kata ketua pasukan Pacific West Dragon Boat, Lawrence Koh.

“Walaupun telah beberapa kali berkunjung ke Hong Kong, kami sentiasa terpesona dengan latar langit malamnya yang indah. Masakan tempatan di sana sangat enak dan sentiasa membuat kami ingin kembali lagi,” tambah Koh.

Pink Challengers juga teruja untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan yang akan datang. Pink Challengers adalah pasukan perahu naga di bawah Breast Cancer Welfare Association Malaysia yang ditubuhkan pada awal tahun 2005 dan merupakan pasukan pertama dari Malaysia yang ahlinya terdiri daripada bekas pesakit kanser payudara. Ketua pasukan untuk tahun 2018, Margaret Gabriel menjelaskan tujuan pasukan itu kembali mengambil bahagian di Karnival Perahu Naga Hong Kong.

“Kami harap melalui penyertaan kami sebagai pasukan bekas pesakit kanser payudara, kami boleh terus menyebarkan mesej bahawa pengesanan dan rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa, dan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa masih ada kehidupan selepas menghidap kanser payudara,” kata Margaret.

“Kami juga berharap dapat menjalinkan hubungan dengan pasukan bekas pesakit kanser payudara daripada negara lain.

Margaret juga berkongsi bahawa pasukan mereka gemar melawat Hong Kong, terutamanya kerana ia mempunyai infrastruktur pengangkutan awam yang efisien, membolehkan mereka bergerak dengan mudah dan menikmati suasana di bandar tersebut.
Bagi pengunjung yang akan ke Hong Kong pada bulan Jun, Karnival Perahu Naga Hong Kong adalah pesta yang perlu dialami! Berikut adalah siri acara hebat yang menanti anda!

Naga Malaysia di Hong Kong

Karnival Perahu Naga Hong Kong

(22-24 Jun di Central Harbourfront and Victoria Harbour. Masuk adalah percuma)

Naga Malaysia di Hong Kong

• Perlumbaan perahu naga di Victoria Harbour

Perlumbaan CCB (Asia) Perahu Naga Antarabangsa Hong Kong merupakan salah satu acara utama Karnival Perahu Naga Hong Kong. Lebih 4,500 atlet dari seluruh dunia termasuk Australia, New Zealand, Perancis, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Korea, Singapura, Filipina, Malaysia, India, Taiwan, Tanah Besar China, Macau dan Hong Kong, akan bertanding dalam perlumbaan Perahu Naga di Victoria Harbour. Perlumbaan ini juga menyeronokkan dengan adanya acara seperti pertandingan kostum, di mana para peminat akan berpakaian kreatif dan menarik untuk bersaing bagi merebut Anugerah Kostum Terbaik, sambil memeriahkan lagi suasana.

Pasukan perahu naga Pink Challengers mewakili Malaysia dalam Karnival Perahu Naga Hong Kong 2017
Pasukan perahu naga Pacific West Dragon Boat ketika menyertai Karnival Perahu Naga tahun lalu

Pakaian yang kreatif dan menarik adalah elemen penting untuk memenangi Anugerah Kostum Terbaik.

HONGKONG-SPORT/DRAGON-BOAT

Parti Mega di Central Harbourfront

Selain pertandingan perahu naga yang mengujakan di pelabuhan, terdapat acara yang menarik di pesisiran. Pantai pasir buatan akan dibina di Central Harbourfront, untuk orang ramai menikmati sinaran cahaya matahari di tengah-tengah kota. Terdapat juga persembahan muzik di karnival pada waktu petang untuk meghiburkan para pengunjung, manakala food truck akan menawarkan makanan tempatan dan minuman yang menyegarkan. Tawaran istimewa juga boleh didapati di karnival tersebut.
Perlumbaan perahu naga lain di sekitar Hong Kong

Food truck di Karnival Perahu Naga yang menyediakan juadah istimewa tempatan.

Naga Malaysia di Hong Kong

(18, Jun, Pesta Perahu Naga)

Pada Pesta Perahu Naga, perlumbaan perahu ibu naga akan diadakan di pelbagai daerah di Hong Kong, termasuk Stanley, Tai Po, Sha Tin, Tuen Mun, Sai Kung dan Aberdeen. Walaupun pesta ini diadakan pada permulaan musim panas, perlumbaan perahu naga yang lain turut akan diadakan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan.

Lebih 4,500 atlet yang membentuk pasukan antarabangsa yang terbesar akan bersaing di Victoria Harbour

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Karnival Perahu Naga Hong Kong, layari:

www.DiscoverHongKong.com/DragonBoat.

Naga Malaysia di Hong Kong

Naga Malaysia di Hong Kong

Naga Malaysia di Hong Kong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teleraya Gerak Khas 2018 di TV2 Temukan Erra Fazira dan Hisyam Hamid

Twitter & Astro to Collaborate on 2018 FIFA World Cup Russia Content