in

Telenovela She– Wolf, The Last Sentinel di TV3

RAHSIA, PENGKHIANATAN DAN ERTI CINTA SEJATI IKUTI TELENOVELA FILIPINA ‘SHE– WOLF, THE LAST SENTINEL’ DI TV3

Istimewa buat jutaan penonton TV3, slot Telenovela bakal menyiarkan sebuah siri drama Filipina, “SHE – WOLF, The Last Sentinel” mulai 23 Mac 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00petang. Drama bersiri terbaik terbitan ABS-CBN Broadcasting Corporation membariskan pelakon-pelakon berbakat dari Filipina seperti Angel Locsin, Piolo Pascual, Shaina Magdayao, Ryan Eigenmann, Pilar Pilapil, Agot Isidro dan ramai lagi.

4448986245 Dfe50964C8 O | 4

Ekoran sambutan yang luar biasa di Filipina, “SHE – WOLF” telah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Piolo Pascual) di Star Awards for Television 2008. “SHE – WOLF” juga dipilih sebagai program TV yang paling digemari di Anugerah Anak TV Seal 2008 dan dinobatkan Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Gawad Tanglaw 2008. Selain itu, “SHE – WOLF” juga terpilih sebagai Telenovela Terbaik di Festival BANFF World Televisyen 2009 yang merupakan satu-satunya pencalonan drama bersiri dari Filipina yang bertanding dengan 800 pencalonan dari 29 buah negara lain.

Pelakon wanita utamanya, Angel Loscin pula berjaya dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Emmy ke -37.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3, “Slot Telenovela di TV3 popular dengan siri drama dari Latin Amerika dan Sepanyol seperti Rosalinda yang pernah mencipta fenomena. Pada tahun 2010, Telenovela akan menjalani pembaharuan dengan memperluaskan pemilihan siri ke serata dunia. Sebagai permulaan, TV3 telah memilih siri drama tagalog, She-Wolf yang mempunyai jalan cerita yang menarik, pengembaraan yang mendebarkan dan juga kisah cinta yang menyayatkan hati.”

4448986675 88D4102Ddd O | 5

Drama bersiri selama 60 episod ini mengisahkan tentang Lyka, seorang gadis jelita yang memulakan kerjayanya sebagai pembantu peribadi kepada pereka fesyen yang tersohor, Lady Elle. Noah ialah seorang Leftenan yang bijak dan mahir dalam peperangan. Noah menjalani misi penyamaran sebagai pengawal peribadi kepada Lady Elle untuk menyiasat operasi House of Elle dan organisasi gelap ‘Waya’.

Lyka dan Noah telah bertemu dan jatuh cinta. Namun, takdir mereka bakal memisahkan dua hati muda yang tulus ini. Sebenarnya, Lyka berasal daripada keturunan serigala jadian dan dia akan mengalami transformasi menjelang hari jadi yang ke 21. Malah, Lyka juga perlu akur kepada takdir dan amanat dari keturunannya yang menuntut Lyka sebagai pengawal dan penyelamat kepada keturunan serigala jadian. Noah pula terpaksa menyertai organisasi Luna dalam pelaksanaan misi menghapuskan serigala jadian.

Adakah Lyka dan Noah akan meneruskan percintaan mereka meskipun pelbagai rahsia, pengkhianatan dan kejahatan yang menyelubungi mereka? Sampai bilakah mereka sanggup menghadapi takdir yang ingin memisahkan mereka? Ikuti Telenovela ‘She -Wolf the Last Sentinel’ mulai 23 Mac 2010, setiap Isnin hingga Khamis, 3.00 petang di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Peraduan SAYA NAK CUTI Anjuran MAS

Sinopsis Filem Appalam