in ,

Sinopsis Filem Appalam

Ringkasan FIlem Appalam

’Appalam’ adalah sebuah kisah drama komedi keluarga yang diangkat daripada filem terbaik FFM 22, ’Papadom’.

Samy menyara keluarga melalui gerai kecil menjual nasi daun pisang dan appalam yang mendapat sambutan kerana keenakan resipi turun-temurunnya. Samy dan isteri, Nalaini kemudian dikurniakan bayi perempuan, Shruti. Samy berazam untuk memberi kesenangan kepada Nalaini dan Shruti.

Perniagaan Samy semakin maju dan beliau berjaya membuka restoran bersama kawan-kawan baiknya, Hassan dan Wong. Namun ada harga yang terpaksa dibayar. Samy semakin sibuk dengan perniagaan makanan, menyebabkannya kurang memberi perhatian terhadap keluarga terutama si kecil, Shruti.

Shruti 10 tahun… Nalaini terlibat dalam kemalangan semasa bergaduh dengan Samy di talian telefon. Wasiat Nalaini agar Samy menjaga Shruti dengan baik. Samy berjanji akan menunaikannya. Bermulalah kehidupan Samy sebagai ibu dan bapa kepada Shruti. Segala keperluan Shruti disediakan dan segala pergerakan Shruti diperhatikan.

Shruti 17 tahun… Shruti semakin rimas dengan sikap bapa yang melayannya seperti anak kecil yang perlu dikawal itu ini. Selepas SPM, Shruti mahu belajar di Kuala Lumpur agar dia mampu berdikari. Samy bersetuju membenarkan Shruti pergi bersama kawan baiknya, Siti. Namun,tanpa pengetahuan Shruti, Samy momohon kerja sebagai tukang kebun di kolej agar dia sentiasa dapat mengawasi Shruti.

Shruti memulakan kehidupan baru di kampus tanpa gangguan bapanya. Dia bertemu dengan pelbagai ragam manusia, antaranya Shasha, Booty Slap dan Vassan. Shruti mula berubah sejak berkawan rapat dengan Booty Slap, tanpa menyedari yang pemuda tersebut sebenarnya berniat jahat. Shasha rasa cemburu kerana dia beranggapan dirinya lebih popular berbanding Shruti.

Samy pula tanpa jemu meneruskan misi ’rahsia’ mengintip pergerakan Shruti, antaranya rancangan menggagalkan siri temujanji Shruti dan Booty Slap. Pelbagai perkara pelik dilakukan oleh Samy termasuk mengajar Vassan bagaimana mahu menambat hati Shruti, mengajak Vassan mengekori Shruti dan Booty Slap, serta menyamar menjadi hantu untuk menakutkan Booty Slap.

Adakah Booty Slap berjaya memperdaya Shruti? Adakah Shruti bakal mengetahui semua rancangan bapanya itu? Dan mampukah Vassan memenangi hati Shruti? Selusuri gelak tawa, suka duka, kasih dan sayang dua generasi menerusi ’Appalam’.

Appalasamy : Gana Pragasam S/O Sebastian

Shruthi : Raja Ilya

Nalaini : Jaclyn Victor

Jasmine : Haanii Shivraj

Bootyslap : Shashi Tharan

Shasha : Tina

Siti : Sharifah Amani

Vassan : Vassantha Kumaran

Hassan : Afdlin Shauki

Wong : Iman Wan

Mr. Prakash : Sathia

Karate Master : Gunseh

Headmistress : Maimon Mutalib

Booty’s Manager : Muthu Kumaran (MK)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telenovela She– Wolf, The Last Sentinel di TV3

Queen Latifah Dalam Beauty Shop di TV2