in

Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3

[dropcap]D[/dropcap]emi cintanya terhadap Proserfina, Homer sanggup berkorban dan berdepan dengan ancaman bahaya. Namun, adakah segala pengorbanan Homer mampu membuat wanita misteri itu berkongsi kisah silam dan menerima dia seadanya? Siapakah Proserfina sebenarnya? Terbaru di slot Telenovela, ‘Dangerous Love’ menggandingkan dua pelakon popular Filipina iaitu Dingdong Dantes dan Marian Riviera. Nama Dingdong dan Marian sudah tidak asing lagi di kalangan penonton TV3 kerana mereka pernah digandingkan dalam siri drama Marimar dan Endless Love yang pernah menghiasi slot Telenovela sebelum ini.

Dangerous Love mula menemui peminat Telenovela pada 14 Mei 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang. Drama bersiri 28 episod ini mengisahkan Homer Alcaraz (Dingdong Dantes), seorang ahli perniagaan muda yang berjaya namun menjalani kehidupan yang membosankan. Segalanya mula berubah setelah dia bertemu dengan seorang wanita misteri bernama Proserfina J. Valdez (Marian Rivera).

Dangerous Love

Proserfina telah menyelinap masuk ke rumah Homer pada suatu malam dan tidur bersamanya. Pada keesokaan harinya, Homer terkejut melihat seorang wanita cantik di sebelahnya. Kejelitaan dan sikap lincah yang ada pada Proserfina membuatkan Homer jatuh hati padanya. Kehadiran Proserfina dalam hidup Homer ternyata mengisi kekosongan dalam hidupnya.

Di saat Homer membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan bersama Proserfina, wanita misteri itu telah menghilangkan diri tanpa meninggalkan pesanan. Kehilangan Proserfina menambahkan lagi misteri di sebalik kewujudannya dalam hidup Homer.

Homer cuba mengingati semula saat kali pertama dia bertemu dengan Proserfina. Namun buntu. Dalam fikirannya, dia hanya ingat kali pertama dia bertemu Proserfina ketika dia bangun dari tidur dan mendapati wanita itu berada di sisinya. Pelbagai persoalan bermain di minda Homer mengenai Proserfina. Lalu, dia cuba mencari wanita itu untuk merungkai misteri kewujudan Proserfina.

Akhirnya Homer berjaya menemui Proserfina dan mendapat tahu bahawa wanita itu adalah salah seorang yang terbabit dalam satu sindiket penyeludupan kereta yang diketuai oleh Rado. Homer merasakan dirinya selama ini telah diperdaya oleh tipu helah Proserfina. Namun, dek kerana cintanya terhadap Proserfina, Homer tidak sanggup untuk mendedahkan kegiatan jenayah wanita itu. Homer cuba menyelamatkan wanita yang dicintainya itu untuk tidak lagi terlibat dengan kegiatan haram Rado.

Lantas, Homer membuat keputusan untuk membeli kereta yang telah diseludup dari Rado. Dengan cara itu, Homer boleh bertemu dan membantu Proserfina melepaskan diri dari Rado. Proserfina yang melihat kesungguhan dan keikhlasan Homer untuk membantu dirinya, mula berubah fikiran untuk setia dan tidak lagi meninggalkan Homer. Namun segalanya tidak semudah seperti disangka. Mereka berdua terpaksa berdepan dengan pelbagai ancaman bahaya.

Berjayakah mereka berdua selamat dari buruan kumpulan sindiket itu? Ikuti kisah pengembaraan cinta Homer dan Proserfina dalam Dangerous Love menerusi slot Telenovela setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang, di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikannya boleh menonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Sementara itu penonton juga boleh layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang