in ,

Telemovie Terbaik Menarik Sempena Hari Raya Haji di TV3

“RAIKAN AIDILADHA BERSAMA TV3”
Pelbagai Telemovie Menarik Sempena Hari Raya Haji

Sempena sambutan Hari Raya Aidila yang bakal disambut pada 26 Oktober 2012 ini, TV3 menjanjikan pelbagai tayangan telemovie menarik penuh dengan pengisian dan penghayatan untuk dikongsi bersama yang akan menemui penonton bermula 25 hingga 27 Oktober 2012. Hayati maksud pengorbanan dan keinsafan menerusi 5 drama menarik seperti ‘Jubah Putih Kain Kapan’, ‘Korban Haji’, ‘Panggilan Baitullah’, ‘Tersalah Cinta’ dan ‘Satu Pengorbanan’.

Jangan lupa untuk membuat temu janji anda bersama TV3 menerusi telemovie-telemovie menarik ini!

Babak dalam drama 'Satu Pengorbanan'

JUBAH PUTIH KAIN KAPAN – Khamis, 25 Oktober 2012, jam 10.00 malam
Amir tidak pernah mengamalkan cara hidup yang tidak sihat malah dia bukannya seorang pemuda yang terlalu leka bersosial. Namun, dia tidak pernah bersembahyang walau hakikatnya dia mendapat pendidikan agama yang cukup sempurna. Setelah Amir disahkan menghidap penyakit kronik, Amir mahu meninggalkan kesibukan kota dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang dia tertarik dengan kanak-kanak melintas memakai jubah putih dan tergerak mahu mengikut mereka. Amir menghabiskan masa di sekolah pondok tempat kanak-kanak tersebut bernaung namun cahaya keinsafan masih belum memancarkan sinar di dalam hatinya. Apakah yang terjadi seterusnya?
Pelakon: Fezrul Khan, Sariyanti, Anzalna, Adik Rykal, Hisham Ahmad Tajuddin

KORBAN HAJI – Jumaat, 26 Oktober 2012, jam 10.00 pagi
Zaimi dan ibu bapanya berjaya mendapat panggilan untuk menunaikan haji. Zaimi begitu teruja lantaran dia merupakan pemuda termuda di kampung itu yang bakal bergelar haji. Zaimi dan ibunya mahu mengerjakan haji dengan lebih selesa lalu membuat keputusan untuk mengambil pakej VIP. Namun dalam masa yang sama nenek Zaimi mengalami masalah kewangan dan menyebabkan dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji. Semua wang simpananya habis dikeluarkan untuk menjamin anak lelaki bongsunya yang merupakan penagih dadah. Orang kampung mula menasihati Zaimi dan ibunya untuk membantu Wan Piah yang semakin uzur. Namun mereka tidak menghiraukan kata-kata orang sekeliling demi merealisasikan impian mereka. Adakah Wan Piah berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci?
Pelakon: Ryzal Jaafar, Rozita Che Wan, Norlia Ghani, Zuhairi Ibrahim, Tilla Malvin, Hairi Safwan

PANGGILAN BAITULLAH – Jumaat, 26 Oktober 2012, jam 1.30 petang
Sebuah drama yang sarat dengan masej pedoman ini mencertikan tentang Abdullah, seorang hartawan yang suka menunjukkan kemewahan miliknya kepada orang ramai. Bagaimanapun, apabila tiba masa untuk dia berangkat ke Mekah, Abdullah berasa semakin gelisah. Dia sering bermimpi mengenai seorang tukang sepatu dari Pekan Alor Gajah bernama Haq yang tidak dapat menunaikan haji tetapi diterima hajinya. Abdullah menjadi semakin binggung kerana hampir setiap malam dia didatangi mimpi yang sama. Semenjak itu, Abdullah mula berusaha mencari Haq. Berjayakah Abdullah menemui Haq? Adakah benar lelaki bernama Haq itu wujud dan siapakah Haq sebenarnya?
Pelakon: Dato’ Eizlan Yusoff, Fahrin Ahmad, Mak Engku, Elly Mazlein

TERSALAH CINTA – Jumaat, 26 Oktober 2012, jam 10.00 malam
Rahimi bekerja sebagai seorang mutawif di sebuah agensi yang menguruskan umarah. Dia mempunyai isteri bernama Farhana yang kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Rombongan ke umrah pada kali ini telah menguji keimanan Rahimi di mana dia telah digoda oleh Cinta yang menyertai rombongan tersebut setelah putus tunang. Turut serta dalam rombongan itu ialah Duwen dan Zahren. Ibu bapa Duwen menghantarnya mengerjakan umrah agar sikapnya yang nakal berubah. Manakala Zahren merupakan pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Melah sekadar untuk bercuti. Sementara itu, Farhana tidak senang duduk di Malaysia apabila Rahimi secara jujurnya menceritakan dirinya sedang digoda oleh Cinta. Mampukah Rahimi meneguhkan keimanannya setelah digoda oleh gadis cantik seperti Cinta?
Pelakon: Aqasha, Johan As’ari, Neelofa, Rita Rudaini, Nazim Othman

SATU PENGORBANAN – Sabtu, 27 Oktober 2012, jam 10.00 malam
Mengisahkan tentang dua adik beradi, Zura dan Zana. Zura merupakan tulang belakang keluarga yang membantu keluarganya mengusahakan kebun. Manakala Zana berkerja sebagai kerani. Mereka berkawan baik dengan Murad sejak dari kecil lagi. namun Zana terkejut apabila keluarga Murad masuk meminang Zura. Murad yang sememangnya tidak kisah untuk dijodohkan antara dua beradik ini mengambil kesempatan dengan menjalinkan hubungan sulit bersama Zana walaupun ketika itu dia sudah bertunang dengan Zana. Zura dapat menghidu perhubungan mereka. Fikirannya yang kusut membuatkan dia hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan. Separuh wajahnya mengalami kecacatan kekal. Apakah yang berlaku seterusnya?
Pelakon: Noorkhiriah Shapie, Watie Sadali, Zul Ariffin, Faridah Mansur, Roslan Salleh

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesemua telemovie hebat ini di TV3 dan juga layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Fezrul Khan & Adik Rykal dalam drama Jubah Putih Kain Kapan

Lakonan Ryzal Jaafar dalam drama 'KORBAN HAJI'

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tempt Your Girl With The Right Fragrance

Drama Sitkom Bersiri Terbaru After Class