in

Telemovie Parit Jawa Menyayat Perasaan Penonton

Orak Ilok iaitu tak baik menjadi perkataan yang selalunya dituturkan oleh orang tua terutama kepada korang yang berbangsa Jawa. Memang sangat familiar. Ia digunakan untuk melarang anak daripada melakukan perkara yang terlarang.

Pada 16 November 2011 lalu, Budiey sempat hadir di Prebiu Telemovie terbaru berjudul Parit Jawa yang akan ditayangkan di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat saluran 952 pada bulan Disember ini. Ramai yang excited bila Budiey tweet tentang Parit Jawa, mungkin kerana lokasi tempat ini memang benar-benar wujud.

Parit Jawa sebuah telemovie yang berbentuk kekeluargaan. Ramai yang tersentuh hati, lalu ada yang menangis semasa menonton telemovie ini. Jadi, itu dah kira satu impak dan kesan yang telemovie ini berjaya. Syabas pada semua yang menjayakan telemovie ini.

Sejak April tahun ini, Astro telah memperkenalkan supertelemovie yang mengetengahkan karya tempatan dengan kualiti sebuah filem dari sudut jalan cerita, sinematografi dan pengarahan untuk ditayangkan di televisyen.

Supertelemovie Parit Jawa ini diarahkan oleh Tunku Mona Riza dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Jalil Hamid, Eman Manan, Ruminah Sidek dan Ghazali Abu Noh. Mengisahkan kehidupan sebuah keluarga berketurunan Jawa yang telah menetap di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya. Super-telemovie yang disampaikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa ini menyoroti perasaan Tuminah dan Sapian yang mengimpikan kehidupan bahagia di umur senja mereka bersama anak-anak.

Setelah Sapian (Ghazali Abu Noh) meninggal dunia, Tuminah (lakonan Ruminah Sidek) menjadi semakin risau akan keluarganya yang semakin kucar kacir. Anaknya hanya ingin merebutkan tanah pusaka keluarga mereka yang masing-masing mempunyai agenda mereka sendiri tanpa mempedulikan ibunya yang masih hidup. Tuminah sedih kerana anak-anaknya tidak mempedulikan kehendaknya dan kehendak arwah Sapian. Manakala Arman (lakonan Eman Manan) dan Jalal (Zahiril Adzim masing-masing inginkan tanah pusaka itu menjadi milik keluarga dan tidak mahu memecah belahkan tanah itu.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Arman meninggal dunia, dan anak-anak Tuminah menjadi lebih tamak dan lebih ingin menjual tanah itu. Dan hanya tinggal Tuminah dan Jalal untuk mempertahankan tanah pusaka keluarganya itu.

Jangan lupa tonton Parit Jawa dengan melanggan pakej Astro Box Office Movies Tayangan Hebat berharga RM9.95.

Zahiril Adzim

Zahiril Adzim

Eman Manan

Eman Manan

Ruminah Sidek

Ruminah Sidek

34

Safura

Namron

Namron

35

Namron

24

33

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Sepah The Movie

Little Red Dress Make Your Presence Felt