in ,

Telemovie PAK DIN MORRIS Lakonan Nazim Othman

Gandingan pelakon berpengalaman Eman Manan membawakan watak ayah dan anaknya pula dilakonkan oleh Nazim Othman antara kekuatan utama yang cuba ditonjolkan dalam telemovie bertajuk “Pak Din Morris” menerusi slot Panggung Ahad di TV1 pada 4 Oktober ini, pukul 10.30 pagi.

Turut dibintangi pelakon Wong Sip Nen dan Aishah Atan, plot kisah di ketengahkan mengangkat isu nilai sentimental dalam diri seorang lelaki yang berdepan masalah bila anaknya mula mempersoalkan niat murninya membantu orang kampung sebaliknya anaknya beranggapan ayahnya mudah dibuli oleh mereka.

Ia bermula dengan watak seorang warga tua, Pak Din yang menduda sejak 20 tahun IaIu dan tinggal di sebuah kampung jauh di pedalaman dengan kereta Morris Minor sehingga dikenali dengan jolokan Pak Din Morris.

Walaupun kereta tersebut melebihi usia 30 tahun, namun ia banyak berjasa kepada penduduk rampung memandangkan pengangkutan di kampung tersebut agak sukar diperolehi. Pantang ada masalah pengangkutan dari mengangkat hasil kebun sampailah hantar isteri bersalin ke klinik, kereta Pak Din yang menjadi mangsa.

Sikap ringan tulang Pak Din juga menyebabkan penduduk kampung tidak segan meminta pertolongan dengan Pak Din.

Bagaimanapun anak sulung Pak Din, Faizal kurang senang dengan apa yang berlaku kerana merasakan penduduk kampung sengaja mengambil kesempatan ke atas Pak Din. Faizal berhasrat untuk membeli kereta baru untuk Pak Din dengan harapan penduduk akan segan untuk meminta pertolongan ayahnya, tetapi Pak Din enggan.

Faizal tidak ada pilihan lain, dia bertindak menjual kereta tersebut. Pak Din amat kecewa dan merajuk dengan tindakan FaizaI. Bagi Pak Din kereta tersebut terlalu istimewa kerana kereta itulah dia sering rnembawa arwah isterinya, Bibah ke mana-mana. Malah arwah Bibah sanggup menjual barang-barang kemasnya hanya semata-mata untuk memenuhi hasrat Pak Din membeli sebuah kereta.

FaizaI serba salah dan cuba mendapatkan semula kereta tersebut tetapi kereta berkenaan telah pun dibeli oleh seseorang sehinggalah satu hari ketika Pak Din terpaku ditangga rumah, kelihatan Ah Meng memandu kereta Moris Minor Pak Din menuju ke rumah Pak Din.

Ah Meng yang tahu Pak Din tidak akan menjual kereta tersebut telah membelinya kerana hendak menyerahkan semula kepada Pak Din.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Travel Weekly Asia iktiraf AirAsia sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik

CYRILL HASSAN

Fattah Amin Mahu Isteri Sempurna dalam HELLO, MR PERFECT!