in ,

Telemovie Mengejar Neraka Lakonan Pekin Ibrahim

Mengangkat kisah kekejaman seorang isteri, Ainun yang mengawal kehidupan suaminya Fakhri menggunakan ilmu sihir, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton sama-sama berkongsi pengajaran dalam telemovie menarik arahan Along Kamaludin bertajuk “Mengejar Neraka” pada 26 November, jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2.

Menggandingkan pelakon utama Pekin Ibrahim dan Lisdawati sebagai pasangan suami isteri selain Julia Ziegler, Ramona Zam Zam, Rose Iskandar dan Raisuddin, kisahnya berlegar sekitar cerita sifat cemburu dan tidak mahu Fakhri menyebelahi keluarga, membuatkan Ainun bertindak menggunakan sihir untuk membuatkan suami tunduk kepadanya.

telemovie Mengejar Neraka

[pullquote align=”right”]Balasan Isteri Sihir Suami Dalam Telemovie “Mengejar Neraka” Lakonan Pekin Ibrahim dan Lisdawati Di TV2[/pullquote]

Bagaimanapun akhirnya dia menerima balasan apabila sihir yang digunakan mengancam dirinya sendiri. Ainun dihinggapi penyakit kulit dan melihat serangga keluar dari kudisnya. Bagaimanapun hanya Ainun seorang sahaja melihat serangga itu. Seorang pengamal perubatan Islam memberitahu apa yang dilihat Ainun adalah gangguan sihir dan juga balasan Allah atas amalan sihir yang digunakannya.

Doktor pula mengesahkan Ainun mengalami gangguan mental sehingga berilusi melihat serangga keluar dari kudisnya. Gangguan mental tersebut kerana Ainun terlalu didera rasa bersalah kerana melakukan penganiayaan kepada suami dan ibu mentuanya.

Kisah bermula apabila Salamah, ibu Fakhri datang ke rumah mereka selama seminggu. Salamah tidak suka apabila Ainun meminta bantuan Fakhri membuatkan minuman kerana Ainun kepenatan baharu balik dari pejabat. Mendengar arahan Ainun, Salamah terus melenting dan menyifatkan Ainun seorang isteri queen control. Salamah terlampau sayangkan Fakhri dan tidak suka Ainun mengarah-arahkan anaknya.

Salamah mula menasihati Fakhri tentang tugas dan tanggungjawab yang patut dipikul oleh Ainun. Fakhri dilarang mengikut arahan Ainun. Apa sahaja yang dilakukan oleh Fakhri pasti dilarang oleh Salamah. Akibatnya Fakhri dari seorang suami yang suka membantu isteri, bertukar menjadi suami yang suka memberi perintah dan tidak lagi suka membantu.

Lebih menyakitkan hati Ainun apabila dia terdengar Salamah memberitahu Fakhri bahawa Salmah akan meletak meletak nama Safura adik Fakhri pada rumah Salamah. Ainun tersalah anggap dan menyangka semua itu dilakukan Salamah untuk mengelak semua hartanya jatuh ketangan Fakhri dan Ainun.

Menyedari Fakhri bakal mengikut telunjuk ibunya, Ainun cepat-cepat bertindak menghalang. Ainun mencari pengamal ilmu sihir untuk menundukkan Fakhri. Fakhri benar-benar berubah selepas terkena ilmu sihir berkenaan. Beberapa bulan kemudian Salamah datang lagi ke rumah Fakhri. Kali ini dia benar-benar terkejut melihat apa yang berlaku. Fakhri melakukan apa semua arahan Ainun. Malah Ainun tidak teragak-agak memerintah Fakhri walaupun di depan Salamah. Salamah terpaksa menahan geram dengan perangai Ainun.

Fakhri pula tidak percaya dia dikenakan sihir oleh Ainun dan menganggap Salamah sengaja mengada-adakan cerita. Bagi Fakhri dia senang membantu Ainun dan tidak mahu mencari jalan gaduh. Pertengkaran sering berlaku di antara Ainun dengan Salamah yang membuatkan Fakhri tertekan. Tidak terfikir langsung dia dikenakan ilmu sihir oleh isterinya sendiri.

Keadaan Fakhri semakin teruk apabila Ainun semakin ingin menguasai suaminya itu. Ainun mahu membuktikan kepada Salamah yang Fakhri adalah hak mutlaknya. Bagaimanapun Salamah ternampak perbuatan Ainun meletakkan sesuatu ke dalam makanan Fakhri. Ainun mengaku selama ini memang dia menyihir Fakhri supaya Fakhri tunduk kepadanya. Salamah sangat marah dan ingin kembali ke kampung. Ainun tidak mahu melepaskan Salamah begitu sahaja. Dia turut mengenakan sihir kepada Salamah.

Salamah terus jatuh sayang kepada Ainun. Apabila sampai di kampung dia mula merindui Ainun. Adik Fakhri, Safura hairan melihat perubahan emaknya. Salamah tidak lepas-lepas memuji Ainun dan segala-galanya Ainun. Salamah sanggup naik bas turun bas kerana hendak ke rumah Ainun.

Ainun ambik kesempatan, meminta Salamah menukar semua nama harta Salamah kepada namanya. Salamah tidak membantah. Safura hairan kerana Salamah sudah berjanji akan memindahkan pemilikan hartanya kepada Safura. Safura mula terfikir mesti ada yang tidak kena dengan emak dengan abangnya.

Safura mengajak pakciknya, Pak Uda Hassan untuk melihat apa yang berlaku. Ainun sedang mendera Salamah kerana Salamah membuat kesilapan. Tidak tahan melihat emaknya diperlakukan begitu, Safura mengajak emaknya balik. Ainun tidak menghalang. Tetapi mengarahkan Salamah terjun dari kereta Idrus ketika kereta sedang dipandu. Kerana sudah dikuasai ilmu sihir, Salamah mengikut sahaja arahan Ainun. Sampai di tengah jalanraya dan Pak Uda Hassan sedang memandu laju, tiba-tiba Salamah memberontak mahu turun di tepi jalan.

Pak Uda Hassan tidak dapat mengawal kerata dan dia sendiri terbabas. Salamah mati di tempat kejadian. Malam selepas kematian Salamah, Ainun dengan Fakhri bermalam di rumah emaknya. Ketika majlis tahlil diadakan, Ainun gelisah dan marah-marah. Dia tidak boleh langsung mendengar bacaan yassin dan ayat-ayat suci al Quran yang lain. Sehinggakan Ainun menjerit minta semua berhenti. Namun Pak Imam meneruskan juga majlis tahlil. Ainun mula merasakan muka dan seluruh tubuhnya gatal-gatal. Keadaan Ainun semakin teruk lalu Fakhri membawanya ke klinik. Tetapi ubat yang diberikan doktor tidak mampu menghilangkan kegatalannya.

Malam itu Ainun tidak dapat tidur lena. Dia asyik menggaru dan terjerit-jerit. Malah di antara sedar dan tidurnya, Ainun ternampak lembaga-lembaga menakutkan seperti binatang berupa manusia ,monyet dan sebagainya. Ainun tidak tahan dengan keadaan itu dan mengajak Fakhri pulang ke rumahnya. Ainun ke rumah pengamal sihir tempat dia meminta ubat mengenakan Fakhri. Malangnya pengamal perubatan tersebut menghalaunya dan tidak mahu membantu. Pak Uda Hassan memberitahu Fakhri dia sudah dikenakan sihir oleh Ainun. Pada mulanya Fakhri tidak percaya. Bagaimanapun ketika Pak Imam berusaha melepaskan sihir yang dikenakan kepada Fakhri dia menjerit-jerit dan cuba melawan.

Di rumah Ainun pula, Ainun juga sedang berdepan dengan situasi yang menakutkan. Dia masih merasai gatal-gatal di tubuhnya. Dari kesan gatal keluar pula serangga seperti lipas, semut dan cacing. Ainun terjerit-jerit kerana takut dan geli. Ainun mencari jalan untuk membunuh serangga-serangga tersebut. Ainun cuba membunuh serangga dari tubuhnya bagaimanapun semakin lama serangga bertambah banyak keluar dari kesan gatal di tubuhnya.

Apabila melihat semakin banyak serangga mengejarnya. Dia terus berundur dan melarikan diri dari serangga tersebut dan cuba memanjat tingkap. Ainun telah tergelincir dan jatuh kebawah. Ainon mati dalam keadaan mengerikan.

Beberapa jam kemudian, seorang pekerja TNB ingin memeriksa meter elektrik dan ternampak Ainun mati dalam keadaan yang banyak pendarahan. Fakhri sedih melihat keadaan mayat Ainun. Selepas selesai mayat dikebumikan, semua jemaah meninggalkan tanah perkuburan. Seorang kanak-kanak menoleh ke kubur Ainun dan melihat banyak ular berbisa keluar dari timbunan tanah kubur.

Pekin Ibrahim dan Lisdawati

telemovie Mengejar Neraka

Pekin Ibrahim sebagai Fakhri

babak ibu dan anak ... lakonan Pekin Ibrahm dan Rose Iskandar

Julia Ziegler antara pelakon tambahan

Lisdawati sebagai Ainun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tune Hotels Zombie Busters

Hi-5 House Party Live In Malaysia