in ,

Telemovie Darjat Tembok Batu Lakonan Beto Kusyairy

Kisah Anak Bekas Banduan Dalam Telemovie “Darjat Tembok Batu”, Slot Panggung 1 Di TV1. Nantikan lakonan hebat oleh Marissa Yasmin, Beto Kusyairy, Ainul Aishah, Fikri Bakar, Hafizuddin dan Liza Zain dalam sebuah telemovie kemasyarakatan bertajuk “Darjat Tembok Biru” bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Disiarkan mengisi slot Panggung 1 pada 28 Mac ini, pukul 3.05 petang di TV1, paparan drama menarik mengangkat kisah banduan dipinggirkan ini di samping kesan kepada anggota keluarga bekas banduan yang dipandang serong masyarakat setempat.

Zaki adalah seorang pegawai penjara dan menjalinkan hubungan dengan Zuhairana anak kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Hubungan cinta mereka direstui oleh keluarga Zuhairana.

Namun takdir menduga hubungan mereka apabila Zuhairana sanggup memutuskan hubungan dengan pemuda yang dicintainya itu semata-mata kerana egonya yang tinggi dan menebal. Hakikatnya dia tidak dapat menerima hakikat Zaki anak kepada seorang banduan.

Pada suatu hari keluarga Zuhairana melawat ibu Zaki yang sakit di kampung. Zaki berdebar-debar menanti reaksi dan penerimaan keluarga kekasihnya itu yang selama ini menerima dirinya seadanya.

Sesuatu yang mengejutkan ereka terperanjat apabila situasi sebaliknya berlaku kerana sebaik bertemu ibu Zaki dan ibu Zuhairana rupanya saling mengenali. Mereka saling berpelukan dan menunjukan sikap mesra.

Apakah hubungan antara mereka berdua? Bagaimana pula kesudahan hubungan cinta antara Zaki dengan Zuhairana?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kereta Mewah Ferrari Zizan Razak Remuk Kemalangan

Antara Tegar & Arif Dollah Siapa Yang Benar?