in ,

Gambar Kereta Mewah Ferrari Zizan Razak Remuk Kemalangan

Apalah nasib malang menimpa Zizan Razak ni, macam-macam benda buruk berlaku ke atas dirinya sejak dua menjak ni. Terbaru, Budiey ada nampak dua keping gambar tersebar di Facebook gambar kereta mewah Ferrari milik Zizan Razak terbabit dalam kemalangan. Ianya menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya mengenai kesahihannya. Betul ke atau sekadar lakonan atau dalam drama ke kan?

Gambar Kereta Mewah Ferrari Zizan Razak Remuk Kemalangan

Namun, khabar angin ini sebenarnya benar berlaku. Ya, Zizan dikatakan memandu Ferrari F430 sebelum terbabit dengan kemalangan di Putrajaya.

Apa yang menarik perhatian ramai, satu gambar Ferrari kuning yang kelihatan hampir ranap di bahagian depan dan belakang tersebar di Internet.

Kereta berkenaan pernah menjadi isu hubungan cinta antara Zizan dengan Emma Maembong yang didakwa putus gara-gara Zizan berhasrat membeli kereta mewah itu.

Pada awal tahun ini, rakan Zizan iaitu Tauke (Jambu) yang juga pelawak pernah memuat naik foto menunjukkan kereta yang sama bergambar bersama Zizan dan dirinya.

Kereta Ferrari yang dipandu Zizan Razak hanya mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama di Putrajaya, pada petang Selasa.

Pembantu peribadinya, Izwan mengesahkan perkara itu dan memberitahu Zizan, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih belum membuat laporan polis berhubung insiden itu.

“Dia hanya terlanggar pembahagi jalan sedikit sahaja di bahagian depan kereta tersebut. Bagaimanapun tidak ada kerosakkan teruk dan Zizan juga berada dalam keadaan baik. Buat masa ini saya belum pasti sama ada Zizan mahu buat laporan polis atau tidak,” ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Dalam pada itu Izwan menafikan gambar kemalangan kereta Ferrari seperti yang tersebar di laman-laman sosial adalah milik pelawak tersebut.

“Gambar-gambar yang tersebar tentang Ferrari kuning itu bukan milik Zizan. Selepas kecoh cerita kemalangan itu, banyak berita dan gambar palsu yang dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, Zizan turut memuat naik gambarnya pada petang Rabu dengan kapsyen memberitahu dia berada dalam keadaan baik.

Zizan dalam proses penggambaran drama Angin Cinta bersama pelakon Ummi Nazeera terbitan syarikat milik aktres Liyana Jasmay.

Gambar Kereta Mewah Ferrari Zizan Razak Remuk Kemalangan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Judika, Cakra Khan & Marcell di Minggu Setiausaha Hotel Istana

Telemovie Darjat Tembok Batu Lakonan Beto Kusyairy