in ,

Telemovie AKAK MEKANIK

Berikanlah watak apa sahaja pasti pelakon cantik Rita Rudaini cuba menghayatinya dengan baik sekaligus meninggalkan kesan di hati penonton. Dia pernah berlakon drama sedih yang memerlukannya berendam air mata. Dia juga pernah membintangi drama komedi yang membuatkan penonton tak kering gusi dengan karektor lawaknya.

Begitu pun menerusi telefilem terbaharu bertajuk Akak Mekanik yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Citra di TV2 pada 29 Jun ini, pukul 9.30 malam, peminat Rita berpseluang menyaksikannya melakonkan watak berbeza iaitu sebagai mekanik wanita.

watak utama Rita Rudaini dan Jaslin Puasa

Rita Rudaini Jadi Mekanik Dalam Telemovie AKAK MEKANIK di TV2      

Selain Rita Rudaini, telefilem genre komedi romantik ini turut menampilkan pelakon Amar Ashraf, Jaslin Puasa, Sheila Mambo dan Jaafar Onn. 

Mengangkat kisah pencarian cinta hati seorang gadis pada seorang lelaki berdasarkan kenangan ‘cinta monyet’ zaman sekolah, plot ceritanya bermula dengan watak utama iaitu Qaira berkenalan dengan Alief apabila membantu beliau membaiki kereta Alief yang rosak di tepi jalan. 

Pertemuan tanpa sengaja itu membuka peluang kepada mereka melanjutkan lagi perkenalan yang baru bermula. Kebetulan Alief sedang mencari mekanik untuk bekerja di bengkel miliknya. Setelah meneliti sijil kemahiran Qaira, Alief menawarkan Qaira bekerja sebagai mekanik di bengkelnya.  

– Pelakon Rita Rudaini

Pada masa sama Qaira gembira dengan tawaran tersebut walaupun pada awalnya kurang dipersetujui oleh ibunya, Mak Ton. Mak Ton pula beria mahu menjodohkan Qaira dengan Ismail, jodoh yang dipilih untuk anaknya itu.

Amar ASHRAF DAN rITA rUDAINI dalam Akak Mekanik

Ketika Qaira mula rapat dengan Alief, Ismail terbaca diari Qaira yang sukakan seorang pelajar bernama Ismail, semasa mereka bersekolah rendah. Dia mula memikirkan strategi untuk membuatkan Qaira menerimanya walau dengan apa cara sekalipun.

Kemuncaknya bila Ismail menyamar sebagai ‘Ismail’ idaman Qaira. Akhirnya dia berjaya meyakinkan Qaira berdasarkan maklumat yang curi-curi diperolehinya dari diari milik Qaira. Namun takdir menentukan sebaliknya bila tembelang Ismail terbongkar apabila Qaira melihat kad pengenalan Ismail yang mengesahkan mereka berbeza umur. 

babak dalam Akak Mekanik

Ketika itu Qaira mula sedar dirinya tertipu dengan tembelang Ismail selama ini. Qaira kembali mencari Alief untuk meminta maaf atas sikap dinginnya dan mendapati Alief adalah orang yang dicarinya selama ini dengan nama penuhnya, Alief Ismail.

Masihkah ada peluang untuk mereka bersatu? Bagaimana pula kesudahan kisah cinta mereka? Ikuti kesudahannya dalam telefilem menarik ini di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Rita Rudaini watak utama
Rita Rudaini bawak watak mekanik dalam telemovie ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Kelahiran Czech, Lenny Filipova Duta Baru Produk BATA

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem SICARIO : DAY OF THE SOLDADO