in ,

Telekung Kolaborasi Kartun Omar & Hana x Siti Khadijah

Koleksi Terhad Telekung Mama & Hana Kolaborasi Kartun Omar & Hana x Siti Khadijah

Ibadah sepanjang Ramadhan pastinya lebih bermakna menyarung telekung berpotongan selesa dan berfabrik nyaman. Di sama padan pula telekung ibu dan anak kecil perempuan, menyatukan paduan kasih si anak yang memandang si ibu sebagai role model.

Buat julung kalinya kartun Omar & Hana bersama Telekung Siti Khadijah menjayakan kolaborasi koleksi terhad Mama & Hana bersempena dengan Fiesta Omar & Hana. Edisi Mama & Hana ini dilancarkan serentak pada 26 April 2018 di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya dan secara online di www.sitikhadijah.com.

Siti Khadijah Telekung Hana RM99

“Team Siti Khadijah ‘berkampung’ selama empat hari di Centre Court, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya pada 26 hingga 29 April 2018 bersempena Pelancaran Rasmi Telekung Mama & Hana. Pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak seperti kelas belajar solat di samping tawaran promosi, cabutan bertuah dengan hadiah menarik termasuklah Pakej Mengerjakan Umrah,” kongsi Mohammad Munzir Aminuddin, Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.

Pelbagai premium Siti Khadijah seperti botol minuman, pouch bag, tasbih dan sticky note turut diberikan percuma di setiap pembelian koleksi telekung ini.

Telekung Hana merupakan telekung kanak-kanak yang diinspirasikan daripada watak Hana di dalam kartun animasi popular Omar & Hana. Ia hadir dengan dua pilihan warna ceria kombinasi biru dan kuning atau putih biru dengan riasan reben pada kepala menampilkan keceriaan pada wajah si cilik yang teruja untuk beribadah bersama si ibu.

Telekung Hana dijual pada harga RM99 sepasang, Kombo Mama dan Hana, RM205 setiap set dan Mini Beg Hana, RM34.90 dengan pilihan warna kuning dan pink.

Siti Khadijah Telekung Mama & Hana

“Follow” di Instagram: @telekung.sitikhadijah dan “Like” Facebook Telekung Siti Khadijah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uqasha Senrose Ditahan Disyaki Miliki Dadah

Pelancaran Tingkah Geruh 2018 Kebangsaan Dan Nusantara