in

Pelancaran Tingkah Geruh 2018 Kebangsaan Dan Nusantara

Majlis Pelancaran Tingkah Geruh 2018 Kebangsaan Dan Nusantara OLEH: Y.M. TENGKU HISHAMMUDDIN ZAIZI BIN Y.A.M. TENGKU AZMAN SHAH ALHAJ DI BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR

Selepas kemeriahan Empayar Akar Kita Zapin hampir dua tahun yang lalu, Persatuan Tatihseni Malaysia, bersama-sama Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. kini kembali dan tetap komited berjuang memartabatkan seni budaya menerusi Program Pemasyhuran Budaya – Tingkah Geruh 2018, sempena Festival Akar Kita Zapin 2018, bermula 27 hingga 20 April 2018, bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Pelancaran Tingkah Geruh 2018 Kebangsaan Dan Nusantara

Buat pertama kalinya juga selepas 4 tahun dianjurkan, penganjur diberi kepercayaan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi RTM untuk menerbitkan program Tingkah Geruh 2018 sebagai sebuah rancangan realiti berkonsep hiburan umum berdurasi 2 episod untuk peringkat Kebangsaan dan 01 episod x 120 minit untuk peringkat Nusantara. Program ini akan menjadi penerbitan siaran tertunda eksklusif RTM.

Dengan penambahbaikan format pertandingan daripada musim yang lalu, Tingkah Geruh 2018 membawakan dua segmen utama iaitu Geruh Bertandak dan Tingkah Geruh yang akan menampilkan 8 kumpulan peserta kebangsaan untuk merebut tempat sebagai Juara Tingkah Geruh 2018 dan seterusnya akan berentap dengan Ikon Akar Kita Zapin untuk gelaran Ikon Tingkah Geruh 2018. Dua terbaik ini nanti akan menempah tempat untuk bertanding kehebatan bermain zapin dengan wakil dari negara Singapura, Brunei dan Indonesia.

Pelancaran Tingkah Geruh 2018 Kebangsaan Dan Nusantara

Kumpulan yang mengambil bahagian peringkat Kebangsaan ialah Nyala Dance (Kuala Lumpur), Masyhur Zafana (Sekolah Seni Malaysia Johor), Adikarma (Universiti Sains Malaysia), Persadatari (Universiti Malaysia Terengganu), Pertubuhan Kesenian Tradisi, Jalinan Anak Seni Teater, Tari & Sastera Kelantan – Senitra Jastera (Kelantan), Nilakarma (Universiti Sains Malaysia), Auramustika (Universiti Malaysia Terengganu) dan Majlis Kesenian Daerah Kluang (Johor). Dengan penampilan khas Ikon Akar Kita Zapin, Sanggar Budaya Sri Pengkalan (Kuala Lumpur) yang mengekalkan Kejuaraan Tingkah Geruh Kebangsaan dan Nusantara 2012, 2014 dan 2015.

Pelancaran Tingkah Geruh 2018 Kebangsaan Dan Nusantara

Kumpulan Nusantara pula terdiri daripada kumpulan kesenian Era Dance Theatre Ltd (Singapura), Sanggar Latah Tuah (Universiti Islam Negeri Sultan Kassim, Riau, Indonesia), Penggiat Seni Tanahair Brunei (Brunei) dan Sanggar Tasek Seminai (Siak, Indonesia).

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM INDUSTRI KREATIF MENERUSI SESI LATIHAN MENTOR MENTEE
Seiring dengan kesedaran untuk menjadikan idea kreatif sebagai pencetus perniagaan, Festival Akar Kita Zapin 2018 kali ini telah disusun agar menjadi sebuah platform kemahiran yang berpotensi ke arah menjana ekonomi digital melalui sesi bimbingan latihan Mentor Mentee.

Program yang dilaksanakan dalam Festival Akar Kita Zapin 2018 pada 27 hingga 29 April 2018 di Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, melibatkan penyertaan utama seramai 120 orang yang mengambil bahagian dalam beberapa acara yang telah disusun sebagai tugasan, dilatih sebagai ketua kumpulan kepada peserta-peserta berdaftar menerusi aktiviti “Bengkel Pembangunan Modal Insan Sesi Latihan Mentor Mentee”.

Pelancaran Tingkah Geruh 2018 Kebangsaan Dan Nusantara

Terdapat lebih 20 buah acara menarik sebagai platform latihan peserta sepanjang 3 hari. Melalui sambutan yang menggalakkan ,peserta berdaftar ini t mencecah lebih 2200 orang berusia antara 15 hingga 40 tahun daripada kalangan pelajar sekolah, Universiti Awam dan Swasta, Individu, NGO serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berminat untuk turut secara percuma.

Program ini merupakan sebuah platform bengkel kemahiran yang berpotensi menjana ekonomi digital dengan menjadikan idea kreatif sebagai pencetus perniagaan melalui sesi latihan Mentor Mentee. Ia menyediakan platform pengetahuan dan kemahiran melalui pengkhususan penggunaan alat telefon pintar sebagai medium yang bakal dikendalikan oleh pakar bidang dan profesional dalam industri. Bahkan program ini juga telah mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pendidikan serta Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

MISI PEMBANGUNAN BUDAYA

Persatuan Tatihseni Malaysia juga kini sedang giat menggerakkan misi pembangunan budaya dalam kalangan belia dengan membawakan kalendar program “Malay World Cultural Paradise” yang memberi pendedahan ilmu kesenian secara PERCUMA setiap hujung minggu bertempat di Bilik Latihan Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur semenjak 6 Januari hingga kini.

Semoga usaha membangunkan budaya dalam kalangan belia ini menjadi iltizam masyarakat penyayang di seluruh Malaysia dan luar negara untuk mengenali Malaysia ke arah pembentukan belia berbudaya, teguh dengan prinsip cinta agama, bangsa , bahasa dan negara.

FB : Akar Kita Zapin
INSTAGRAM : Akar.Kita.Zapin dan Malay_world_cultural_paradise
Youtube : noraniza idris production ventures
Website : www.akarkitazapin.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telekung Kolaborasi Kartun Omar & Hana x Siti Khadijah

Sekitar DR.IRMA Makeup Challenge 2018